Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[krip.to.gra.fi] | کريڤتوݢراڤي

Definisi : kajian linguistik yg berkaitan dgn kod rahsia yg dapat membantu seseorang memahami bahasa yg telah pupus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kriptografi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
secret-key cryptographykriptografi kekunci rahsiaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKriptografi tradisional yang menggunakan kekunci tunggal untuk menyulit dan menyahsulit sesuatu mesej. Kriptografi ini bukan sahaja digunakan dalam penyulitan tetapi juga dalam pengesahan seperti teknik kod pengesahan mesej. Teknik yang biasa digunakan dalam kriptografi kekunci rahsia adalah sifer blok, sifer aliran dan kod pengesahan mesej. Kelebihan kriptografi ini berbanding kriptografi kekunci awam adalah kadar masa yang diperlukan untuk melaksanakannya lebih pantas.
cryptographic algorithmalgoritma kriptografiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma yang menggunakan sains kriptografi termasuk algoritma penyulitan, algoritma cincang kriptografi, algoritma tandatangan digital dan algoritma persetujuan kekunci.
cryptographic hashingcincangan kriptografiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerCincangan sehala yang menggunakan teknik penyulitan untuk mengubah bentuk mesej asal sebelum pembuangan bit data dilakukan untuk proses cincangan. Cincangan kriptografi tidak boleh disongsangkan untuk memperoleh mesej asal kerana beberapa bit data digugurkan dalam proses tersebut. Antara ciri cincangan kriptografi ialah kepanjangan mesej sebelum dan selepas proses adalah sama, walaupun beberapa bit data telah dibuang. Ini menyebabkan cincangan kriptografi boleh digunakan sebagai proses transformasi kekunci dalam algoritma penyulitan seperti DES dan AES.
cryptographykriptografiTeknologi MaklumatTiadaSains keselamatan maklumat yang mengekodkan data supaya tidak boleh dibaca oleh orang ketiga selain penerima tertentu. Kriptografi merangkumi teknik seperti microdots, teknik cantuman perkataan dengan imej dan cara-cara lain untuk menyembunyikan maklumat dalam storan atau semasa penghantaran. Kriptografi mempunyai empat objektif, iaitu kerahsiaan, keutuhan, penafian dan penyahihan.
elliptical curve cryptographykriptografi lengkung eliptikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah kriptografi kekunci awam berasaskan kaedah matematik menggunakan logaritma diskret ke atas lengkung eliptik yang diungkapkan sebagai: y2 = x3 +ax + b Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Neal Koblitz dan Victor S. Miller pada tahun 1985.
symmetric cryptographykriptografi simetriTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan yang menggunakan kekunci yang sama untuk penyulitan dan penyahsulitan dan menggunakan algoritma untuk penyulitan dan penyongsangan algoritma yang sama untuk penyahsulitan. Lihat juga kriptografi kekunci rahsia.
public keykunci awamTeknologi MaklumatTiadaKunci dalam algoritma kriptografi asimetri yang disulitkan. Kunci awam ini diedarkan tanpa memerlukan kaedah keselamatan. Kunci awam digunakan dengan kunci persendirian untuk menyulitkan mesej dan tandatangan digital dengan berkesan. Penggunaan gabungan kunci awam dan persendirian dikenali sebagai kriptografi asimetri. Sistem menggunakan kunci awam dipanggil infrastruktur kunci awam(PKI). Lihat juga kriptografi
asymmetric crytographykriptografi asimetriTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah kriptograsi yang kekunci penyulitannya berbeza dengan kekunci penyahsulitan. Proses penyahsulitan dalam kaedah ini bukan sekadar penyongsangan daripada proses penyulitan tetapi merupakan transformasi matematik yang berbeza secara keseluruhannya. Kaedah ini sangat berkesan dalam kriptografi kerana satu kekunci tidak semestinya dikongsi bersama dua pihak yang berhubung.
key and certificate managementpengurusan kekunci dan perakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPengurusan sistem kriptografi yang meliputi cara kekunci dan perakuan dihasil, ditukar, disimpan, disah dan digantikan. Hal ini penting kerana kekuatan sesuatu sistem kriptografi bergantung kepada kerahsiaan kekunci dan integriti perakuan.
single key cryptographykriptografi kekunci tunggalTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan yang menggunakan hanya satu kekunci untuk penyulitan dan penyahsulitan. Kekunci rahsia ini akan digunakan bersama algoritma penyulitan yang mengubah suai bentuk mesej asal ke bentuk teks sifer. Teks sifer hanya boleh diubah semula ke bentuk asal dengan menggunakan algoritma penyulitan dan kekunci rahsia yang sama. Lihat juga kriptografi kekunci rahsia.
1234

Kembali ke atas