Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kris.tal] | کريستل

Definisi : bahan yg hening spt kaca, hablur: jambangan ~; mengkristal menjadi kristal atau spt kristal; mengkristalkan menjadikan kristal, meng­hablurkan; pengkristalan perihal mengkristal, peng­habluran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kris.tal] | کريستل

Definisi : benda yg hening spt kaca; hablur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kristal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
baccaratbakaratKesenianHiasan DalamanBarangan kaca kristal yang mula-mula dibuat di timur Perancis pada sekitar abad ke-18. Pada mulanya, barangan kaca ini hanya terdiri daripada kaca tingkap, cermin muka dan peralatan mengukus. Namun, kemudian pengeluarannya berkembang kepada barangan ketuhar, lampu hiasan gantung, dan botol minyak wangi. Kecantikannya yang luar biasa menjadikan barangan ini diminati ramai.
xanthonexantonHerbaTiadaFormula CO(C6H4)2O. Kristal atau hablur jarum yang terdapat dalam beberapa pigmen tumbuhan yang digunakan sebagai larvisid, bahan wangian dan farmaseutikal.
resorcinolresorsinolHerbaPemiawaianSebatian fenol yang berbentuk kristal, formula C6H6O2 yang diperoleh daripada tumbuhan herba. Sebagai contoh, resorsinol boleh didapati dalam ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum).
ergastic cellsel ergastikHerbaTiadaSel khusus yang mengandungi pelbagai bahan simpanan makanan dan air yang terdapat dalam sel tumbuhan seperti butiran kanji, globul minyak dan lemak, kristal dan bendalir yang terdapat dalam sitoplasma, vakuol, dan dinding sel.
mountantbahan pelekapHerbaTiadaReagen kimia yang membantu pemerhatian struktur tisu dan sel dalam bentuk yang utuh di bawah mikroskop. Bahan pelekap dititiskan pada bahan herba serbuk atau yang dihiris sebelum dianalisis secara mikroskopi. Terdapat tiga jenis bahan pelekap, iaitu bahan pelekap umum, bahan pelekap penjernih dan bahan pelekap pewarna. Bahan pelekap umum seperti alkohol, gliserol dan kresol digunakan untuk melihat kesemua jenis struktur tisu dan sel. Bahan pelekap penjernih seperti kloral hidrat digunakan untuk melarutkan sebahagian kandungan sel (contohnya, klorofil) atau dinding sel (contohnya, kanji) supaya struktur tisu dan sel yang lain (contohnya, sel parenkima, trikom dan kristal oksalat) menjadi lebih lut sinar. Bahan pelekap pewarna seperti floroglusinol, iodin dan Sudan III digunakan untuk mewarnakan sebahagian kandungan sel (contohnya, kanji dan minyak) atau dinding sel (contohnya, vesel dan serat).

Kembali ke atas