Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.té.ria] | کريتيريا

Definisi : (kritéria) ukuran (asas pertimbangan) utk menentukan nilai (baik buruknya dll) sesuatu: penilaian sesuatu selalunya subjektif dan berdasarkan ~ yg berlainan; pemilihan pemenang berdasarkan beberapa ~; mengkriteriakan menjadikan sbg kriteria: menurut Affendi, ciri yg dikriteriakannya itu tidak terdapat dlm syarahan perdana tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.té.ria] | کريتيريا

Definisi : /kritéria/ dasar atau ukuran utk menentukan nilai (kategori dll) sesuatu: Dia menggunakan ~ tertentu utk mengklasifikasikan barang-barang tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kriteria (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ukuran, penilaian.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
best performancepersembahan terbaikKomunikasiTiadaPenilaian yang diberikan kepada mutu persembahan yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan sama ada dalam persembahan tarian, lakonan pentas atau persembahan nyanyian.
criterion groupkumpulan kriteria; kelompok kriteriaPendidikanTiadaTiada
criterion groupkumpulan kriteria; kelompok kriteriaPsikologiTiadaTiada
Weisz-Prater criterionkriteria Weisz-PraterKejuruteraanKejuruteraan KimiaKriteria yang menggunakan kadar tindak balas kimia yang diukur untuk menentukan kewujudan resapan dalama mengehadkan kadar tindak balas termangkin. Kriteria ini diungkapkan sebagai C = 3 (f koth f - 1), dengan C = parameter Weisz-Prater, f = nisbah kadar tindak balas pada permukaan mangkin terhadap kadar resapan. Jika C >> 1, tindak balas dihadkan oleh resapan dalam.
Rayleigh criterionkriteria RayleighGeologiTiadaKriteria bagi kuasa peleraian sesuatu alat optik yang menyatakan bahawa imej dua objek titik akan terlerai apabila maksimum utama dari pola belauan objek pertama bertindihan tepat pada minimum utama dari pola belauan objek kedua.
maximin criterionkriteria maksiminPentadbiranTiadaKriteria keputusan yang memaksimumkan ganjaran minimum bagi pelbagai keputusan.
Laplace criterionkriteria LaplacePentadbiranTiadaKriteria yang mengandaikan kebarangkalian yang sama bagi setiap keadaan.
maximax criterionkriteria maksimaksPentadbiranTiadaKriteria keputusan yang memaksimumkan ganjaran maksimum bagi pelbagai keputusan.
Savage criterionkriteria SavagePentadbiranTiadaKriteria keputusan yang meminimumkan kerugian melepas maksimum bagi pelbagai keputusan. Sinonim: minimax regret criterion.
minimax criterionkriteria minimaksPentadbiranTiadaKriteria keputusan yang meminimumkan ganjaran maksimum bagi pelbagai keputusan.
12345678910...

Kembali ke atas