critical viscosity | kelikatan kritikal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nilai kelikatan tertinggi bagi fasa gas atau cecair yang boleh wujud, yang dianggarkan sebagai mc = 61.6 (MTc)1/2 Vc-2/3, mc = 7.7 M1/2 Pc1/2 Tc1/2, dengan mc = kelikatan kritikal, Tc = suhu kritikal, Pc = tekanan kritikal, Vc = isi padu kritikal, M = berat molekul. |
characteristic temperature | suhu cirian | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Suhu kritikal campuran perduaan i dan j yang ditakrifkan sebagai Tc, ij = (Tc,i Tcj)1/2 (1 � Kij), dengan T = suhu, k = pemalar perduaan cirian, subskrip c = keadaan kritikal, subskrip i = komponen i, subskrip j = komponen j. |
critical period | tempoh kritikal | Pertanian | Agronomi | Tempoh yang sangat penting dalam kehidupan tanaman untuk menentukan hasil. Dalam tempoh ini, tanaman mesti dijaga supaya bebas daripada rumpai dan mendapat bekalan air, nutrien dan cahaya yang secukupnya. Contohnya, bagi tanaman jagung, tempoh kritikal ialah pada peringkat tanaman mempunyai 3 hingga 5 helai daun manakala kacang soya pula tempoh kritikalnya ialah semasa tanaman mempunyai 1 hingga 3 daun. Dalam tempoh ini, pengawalan rumpai perlu dilakukan supaya tanaman bebas daripada persaingan dan tidak mengurangkan hasil. |
commentary | ulasan | Perpustakaan | Tiada | 1. Nota keterangan atau nota kritikal yang berkaitan dengan Akta Parlimen, teks sastera atau karya yang lain yang dihasilkan beserta teks atau secara berasingan.,2.. Skrip yang dibacakan di dalam filem, pita video, atau persembahan slaid atau pita. |
McGlashan-Potter correlation | korelasi McGlashan-Potter | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi yang menganggarkan pekali virial kedua gas metana, argon, kripton, dan xenon yang diungkapkan sebagai B/Vc = 0.430 � 0.886 (T/Tc)-1 � 0.694 (T/Tc)-2, dengan B = pekali virial kedua (cm3/mol), V = isi padu kritikal (cm3/mol), T = suhu (K), subskrip c = keadaan kritikal. Korelasi ini jua boleh digunakan untuk meramalkan pekali virial kedua gas tak berkutub yang ringkas dan berberat molekul rendah. |
Rackett correlation | korelasi Rackett | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi untuk menganggarkan isi padu molar cecair tepu yang diungkapkan sebagai Vs = Vc Zc (1 + T/Tc)0.2857, dengan Vs = isi padu molar tepu (cm3/mol), Z = faktor kemampatan, T = suhu (K), subskrip c = keadaan kritikal. Korelasi ini tepat dalam julat 1 � 2% daripada data eksperimen. |
intermolecular energy | tenaga antara molekul | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tenaga minimum atau kedalaman telaga tenaga fungsi keupayaan termodinamik atau tenaga tarikan antara molekul. Bagi sistem satu komponen (katakan A), ia dianggarkan sebagai eA/kB = 0.77Tc, eA/kB = 1.15Tc dengan eA = tenaga antara molekul, kB = pemalar Boltzmann, T = suhu, subskrip c = keadaan kritikal, subskrip B = keadaan didih. Bagi campuran perduaan (katakan A dan B), tenaga antara molekul dianggarkan sebagai eAB = (eA eB)1/2. |