literary criticism | kritikan sastera | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan atau cabang pengajian yang berkaitan dengan hal-hal mendefinisi, mengklasifikasi, menghuraikan dan menilai karya kesusasteraan. Kritikan ini biasanya terbahagi kepada dua bahagian bahagian utama, iaitu kritikan amali dan kritikan teoritis. Kritikan amali memberikan tumpuan pada tkes semata-mata tanpa merujuk faktor luaran, ekstrinsik atau kontekstual, iaitu sejarah, keadaan sosial, biografi pengarang dan sebagainya. Tumpuan kritikan ini adalah pada unsur dalaman atau intrinsik teks, iaitu tema, plot, imejan dan ciri-ciri teks formal yang lain. Bentuk kritikan amali memberikan penekanan pada asktek tekstual dan menghasilkan ungkapan seperti �yang tertera di muka surat�, �bacaan teliti�, dan analisis teks. Antara pengkritik yang menonjolkan kaedah kritikan ini ialah Richards dan Cleanth Brooks. Kritikan amali dikenali juga sebagai kritikan terapan. Kritikan teoritis (teoritikal) pula merumuskan prinsip yang asasi untuk menentukan perbezaan antara bidang kesusasteraan dengan disiplin lain. Kritikan ini berperanan sebagai �kayu pengukur� bagi menentukan mutu sastera. Kedua-dua bidang kritikan di atas memanfaatkan teori kritikan, sama ada secara implisit atu eksplisit. Teori kritikan menyediakan kerangka untuk membaca dang menganalisis teks. Antara teori kritikan ialah Marxisme, feminisme, historisisme baru, pascastrukturalisme dan lain-lain. Kritikan berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �penghakiman�. Lihat juga historisme baru, kritikan Marxis, kritikan pascastrukturalis. |
poststructuralist criticism | kritikan pascastrukturalis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mempertikaikan kestabilan struktur dan makna dalam kesepaduan sistem bahasa kerana kedua-duanya dianggap sebagai sautu ilusi. Pascastrukturalis menaungi beberapa pendekatan kritikan satea termasuklah dekonstruksi, kritikan respos pembaca, kritikan feminis dan kritikan pascakolonial. Secara dasarnya, kritikan pascastrukturalis cuba melengkapi kekurangan kritikan strukturalis yang mengabaikan elemen-elemen dalam karya sastea seperti perana pembaca dan pengarang serta fungsi ideologi. Contoh pengkritik yang mengamalkan kritikan pascastrukturalis ialah Jacques Derrida dengan teori dikonstruksinya, Roland Barthes dalam karyanya berjudul S/Z, Jacques Lacan dan Julia Kristeva dalam teori-teori psikoanalitiknya. Kritikan ini berasaskan aliran pascastrukturalisme. Lihat juga dekonstruksi, kritikan pascakolonial, kritikan struktural. |
impressionistic criticism | kritikan impresionistik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang termampu pada tindak balas peribadi pengkritik terhadap sesebuah karya sastera. Kritikan ini berusaha menghasilkan kembali tanggapan peribadi pengkritiknya. Oleh sebab itu, kritikan ini tidak memanfaatkan mana-nmana teori sastea untuki mengalisis teks. Kebebasan kritikan ini dikawal oleh kritikan baru dan kritikan praktikal yang mementingkan tatacara analisis teks sastera yang lebih formal sifatnya. Contoh pengkritik terkemuika yang mengamalkan kritikan ini laah Walter Pater (1839-1894). |
criticism | kritikan | Kesusasteraan | Tiada | Cabang pengajian yang berkaitan dengan perihalan sastera. Contohnya, mendefinisikan karya sastera, mengklasifikasikan karya sastera berdasarkan genre, mentafsirkan makna, menganalisis struktur dan gaya, menilai mutu melalui perbandingan dengan karya lain, menjangkakan kesan terhadap pembaca, menetapkan prinsip umum kritikan sastera, dan mewajarkan kehadiran karya sastera daripada usaha menyanggah, menafikan, menolak dan menapisnya. Kritikan sastera berfokus pada empat perkara, iaitu pengarang, teks, khalayak dan konteks. Dalam proses kritikan ini, keempat-empat perkara tersebut digunakan, sama ada secara bersendirian, bertindan atau bergabung. Kritikan sastera juga memanfaatkan teori kritikan seperti marxisme, strukturalisme, pascastrukturalisme, pascamodenisme, pascakolonialisme, feminisme dan sebagainya. Teori kritikan juga berfokus pada empat perkara di atas. Lihat juga kritikan kehakiman, kritikan Marxis, kritikan moral, kritikan pascakolonial, kritikan pascastrukturalis, kritikan pramatik. |
Jungian criticism | kritikan Jung | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji aspek bawah sedar kolektif manusia yang terakam dalam karya sastera. Kritikan ini bersandarkan teori psikologi Carl Jung. Menurut Jung, bawah sedar manusia terbahagi kepada dua bahagian: Pertama, bahagian peribadi yang mengandungi perkara yang ditebatkan kermasuklah maklumat tentang kehidupan individu yang dilupakan. Kedua, bahagian arketaip yang mengandungi maklumat terkumpul dan dikongsi bersama dengan manusia sejagat atau sesuatu kumpulan budaya tertentu. Kritikan Jung juga dikenali dengan kritikan arketaip dan kritikan mitos. Lihat juga kritikan arketaip, kritikan mitos. |
psychoanalytic criticism | kritikan psikoanalitik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menganalisis perkaitan antara penulis dengan karyanya. Kritikan tertumpu pada watak yang dicipta, bahasa, dan imej yang digunakan oleh pengarang. Kaedah kritikan sastera ini dipengaruhi oleh pandangan ahli psikologi terkenal, iaitu Sigmund Freud dan Carl Jung. Kaedah ini menganggap karya sastera sebagai suatu ekspresi bawah sedar yang terhasil melalui psiki individu (penulis) atau koleksi bawah sedar manusia. Di samping itu, pengalaman dan respons pembaca juga diambil kira dalam mengaplikasikan kritikan psikoanalitik, dan fokur analis terhadap psiki pembaca tersebut. Sigmund Freud (1856 � 939) mengaplikasikan prinsip dalam bidang psikoanalisis dan menggunakannya untuk menulis esei penganalisisan watak dalam sastera. Menurut beliau, teks sastera seumpama mimpi dan cara yang digunakan untuk menganalisis teks sastera tersebut. Mimpi berfungsi sebagai salah satu cara menunaikan hasrat bawah sedar tertekan seorang individu. Hasrat ini dikekang atau dikawal oleh �sensor� (penapis) dalam minda manusia, dan sensor ini dibentuk oleh norma sosial. Eseinya yang paling terkenal ialah The Interpretation of Dreams (1900), membincangkan watak Oedipus dalam drama Yunani purba oleh Sophocles dan watak Hamlet dalam drama Shakespeare. Teori ego psikologi yang dimajukan oleh Norman Hollang dalam karyanya berjudul The Dyanamics of Literary Response (1968) dan Five Readers Reading (1975) dikaitkan dengan psikologi pembaca. Beliau menggunakannya untuk menilai perhubungan antara pembaca dengan teks. Kajian Jacques Lacan mengenai bahasa dan hubungannya dengan perasaan subsedar (subconscious) seorang pembaca dalam karyanya berjudul Ecrits (1977) dan The Four Fundamental Concepts of Psycho-Analysia (1977), memberikan interpretasi baharu kepada pendapat Freud mengenai teori wacana struktural dan pascastruktural. Teori dan psikologi Carl Jung mengenai koleksi bawah sedar dan tipa induk turut mempengruhi perkembangan kritikan dalam teori psikoanalitik. Kritikan ini turut dikenali sebagai kritikan Freud atau kritikan psikoanalitik tradisional. |
decontructive criticism | kritikan dekonstruktif | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera berdasarkan penggunaan bahasa untuk pembinaan makna. Kritikan dekonstruktif bukan untuk mengenal pasti makna teks yang tulen tetapi untuk menganalisis bagaimana bahasa dan retorik boleh menjana dan menetapkan kedudukan hierarki makna yang pelbagai. Cara ini tidak membenarkan kewujudan makna yang mutlak atau interpretasi yang betul, sekali gus menolak konvensi dan tradisi yang telah lama diguna pakai. Kritikan dekonstruktif memindahkan perhatian pengkritik daripada faktor luaran teks kepada aspek dalam teks (subteks). Kritikan ini menjadi fokus dan dasar kritikan pascastrukturalisme. Lihat juga kritikan pascastrukturalis. |
postcolonial criticism | kritikan pascakolonial | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mengkaji kesan penjajahan terhadap sejarah, politik, sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang pernah dijajah. Kritikan ini mengkaji kesan berteraskan aliran pascakolonialisme. Selain mengkaji kesan penjajahan, kritikan pascakolonial juga menawarkan perspektif dan kaedah analisis alternatif kepada wacana perdana penjajah berdasarkan sudut pandangan yang dijajah. Wacana penjajah biasanya mengagungkan peradaban Barat dan merendahkan tamadun lain, khususnya Timur. Proses wacana penjajah ini dikenali sebagai representasi yang tidak seimbang. Kritikan pascakolonial menawarkan wacana balikan yang mendedahkan struktur kuasa yang memungkinkan dan mengabsahkan dakwaan dalam wacana kolonial tersebut seperti yang dihuraikan oleh Edward Said dalam bukunya berjudul Orientalism (1978). Seterusnya, kritikan pascakolonial mengkaji struktur kuasa pemerintah selepas era penjajahan seperti dalam esei penulis dan pengkritik Nigeria, Chinua Achebe. Lihat juga orientalisme. |
archetypal criticism | kritikan arketaip | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang melibatkan analisis tipa induk dan mitos, jenis perwatakan, tema serta motif yang muncul berulang kali dalam kesusasteraan. Kritikan arketaip dipengaruhi kajian asal dalam bidang antropologi bandingan di Universiti Cambridge, terutamanya dalam karya J.G. Frazer berjudul The Golden Bough. Karya ini mengkaji bentuk mitos, ritual dan psikolgi C.G. Jung. Karya Northrop Frye berjudul Anatomy of Criticism membicarakan tipa induk yang muncul berulang kali dalam karya sastera sehingga pembaca mengenalinya sebagai elemen signifikan dalam pengalaman pembacaannya. Menurut Frye, tipa induk ini berulang dalam beberapa bentuk naratif di sepanjang sejarah kesusasteraan Barat. Sebagai contoh, situasi (motif menempuh alam kedewasaan), perwatakan (motif suami cemburu), perjalanan plot (jejaka bertemu gadis, gadis menolak pinangan jejaka, jejaka mendapat gadis), imej (motif bunga ros sebagai lambang percintaan) dan tema (kebebasan memilih dan suratan takdir). Kritikan ini dikenali juga sebagai kritikan tipa induk atau kritikan Jung. Lihat juga kritikan Jung, tipa induk. |
moral criticism | kritikan moral | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menganalisis dan menilai karya sastera (semua genre) berasaskan kriteria pengajaran moral. Meingkut tradisi, dalam kebanyakan genre, puisi dikatakan dapat memberikan inspirasi kepada seseorang individu untuk berakhlak mulia dengan menggambarkan keindahan sifat yang baik. Contohnya, M.N.Virgil menganggap genre epik sebagai pengajaran yang berpotensi untuk membentuk moral dan etika. Pandangan ini bertentangan dengan pandangan mereka yang berpegang kepada kriteria estetik yang lebih mengutamakan aspek keindahan. Lihat juga kritikan, kritikan Plato. |