Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kro.mium] | کروميوم

Definisi : (Kim) sj logam berwarna perak yg digunakan dlm aloi dan dlm penyaduran elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kro.mium] | کروميوم

Definisi : logam berwarna perak yg digunakan utk menyalut besi dll supaya tidak terkakis dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kromium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chromekromKesenianHiasan Dalaman1. Aloi keras yang diperbuat daripada campuran kromium dan logam-logam lain. 2. Pewarna daripada garam krom yang digunakan sebagai bahan campuran dalam cat getah dan sebagainya.
chromekromKesenianHiasan Dalaman1. Aloi keras yang diperbuat daripada campuran kromium dan logam-logam lain. 2. Pewarna daripada garam krom yang digunakan sebagai bahan campuran dalam cat getah dan sebagainya.
atomic absorption spectroscopyspektroskopi serapan atomNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah analitikal menggunakan serapan cahaya untuk mengukur kepekatan unsur seperti kromium, plumbum dan arsenik dalam sampel cecair atau pepejal. Sampel perlu ditukar dari bentuk cecair atau pepejal kepada bentuk wap bagi membolehkan analisis dilaksanakan.
trace elementunsur surihPerikananAkuakulturBahan yang terdapat dalam pracampuran mineral yang diperlukan oleh ikan pada kepekatan kecil seperti ferum, mangan, zink, kuprum, iodin, kobalt, selenium, molibdenum, kromium dan silikon. Unsur surih ini penting untuk keperluan fisiologi.
antiferromagnetismantiferomagnetismeFizikNanoteknologiSifat bahan tertentu yang spin elektron magnet suatu atomnya berjajaran dengan spin atom jiran, tetapi dalam arah berlawanan sehingga jumlah momen magnet bersih adalah sifar apabila tiada medan luar. Sifat ini berlawanan dengan bahan feromagnetisme. Sifat antiferomagnet, biasanya berlaku pada suhu rendah di bawah suhu peralihan, iaitu suhu Neel. Contohnya, bahan superkonduktor fermion berat (URu2Si2), logam kromium, aloi besi mangan (FeMn), dan nikel oksida (NiO).
electrochromicelektrokromikFizikNanoteknologiKeadaan bagi bahan yang sifat optiknya berubah, seperti bertukar warna apabila bahan diletakkan dalam bahan elektrolit dan dikenakan medan elektrik luar. Perubahan sifat optik ini berlaku disebabkan oleh pengoksidaan atau penurunan bahan tersebut apabila disuntik dengan cas positif atau negatif. Perubahan ini dapat berbalik apabila arah medan elektrik luar disongsangkan. Kegunaan bahan elektrokromik adalah sebagai tingkap pintar. Contohnya, filem tipis tungsten dioksida, polianilina dan kromium oksida.
electrodepositionelektromendapanFizikNanoteknologiPemendapan logam pada katod daripada elektrolit yang mengandungi ion logam tersebut. Kaedah elektromendapan yang lain ialah semburan nanozarah bercas ke atas permukaan bervoltan tinggi. Kaedah ini dapat digunakan dalam proses penyemburan cat ke atas badan kereta bagi memastikan penyalutan cat yang sekata terutamanya pada bahagian yang sukar dicapai. Contohnya, penyaduran elektrik logam kromium, kuprum dan emas.

Kembali ke atas