Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kru] | کرو

Definisi : sekumpulan petugas, terutamanya yg mempunyai kemahiran teknikal tertentu, yg bekerja bersama-sama mengendalikan sesuatu tugasan, projek dsb: sekumpulan jurugambar media cetak serta ~ sebuah stesen televisyen swasta kelihatan sedang membuat liputan peristiwa yg bersejarah itu; penerbit filem diwajibkan mengambil pelakon dan ~ yg berdaftar dgn persatuan masing-masing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kru] | کرو

Definisi : sekumpulan petugas, terutamanya yg mempunyai kemahiran teknikal tertentu, yg bekerja bersama-sama utk mengendalikan sesuatu tugas, projek dsb: Wartawan dan ~ stesen televisyen sedang membuat liputan peristiwa yg bersejarah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kru


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
samplingpensampelanTeknologi MaklumatTiadaProses penukaran isyarat dunia-nyata (data analog) kepada kod digital dalam sela masa tertentu. Contohnya diproses pensampelan isyarat suara dijalankan pada kadar 44.1kHz (kilo sampel per saat). Dalam muzik, tindakan mengambil sebahagian daripada bunyi rakaman dan menggunakannya semula sebagai instrumen atau elemen dalam rakaman yang baru. Tindakan ini dijalankan dengan menggunakan alat rakaman atau perisian komputer pada komputer digital. Misalnya kaedah ini digunakan oleh kumpulan KRU dalam rakaman semula lagu Getaran Jiwa ciptaan Tan Sri P. Ramlee. Menerusi kaedah ini, KRU seakan-akan berduet dengan Tan Sri P. Ramlee dalam lagu Getaran Jiwa yang diberi nafas baru oleh KRU. Lihat sampel.
menoramenoraKesusasteraanTiadaPersembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod � Pahlawan Kedah, Lakanawong �Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk � isteri curang, Sinrad � tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid � putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong � cerita cinta, Chaukrey � cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk � cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru � Wai kru. Antara lain gerak tari mengiringi nyanyian pada akhir setiap adegan atau pada permulaan adegan apabila watak memperkenalkan dirinya. Watak utama dalam menora ialah: (a) Watak kayangan seperti dewa, gergawi, raksasa, kinaree. (b) Watak kaum kerabat diraja seperti raja, permaisuri, putera dan puteri. (c) Peran atau pelawak. (d) Orang biasa seperti dayang dan orang kampung. Struktur persembahan menora merangkumi empat bahagian, iaitu: (a) Wai kru � sembah guru. (b) Wrai na tret � tarian dan nyanyian. (c) Leukamprat pleng ton � watak utama menyembah gendang. (d) Cabbot � cerita. Asal usul menora masih lagi kabur dalam mitos dan dongeng. Menora dibawa masuk dari selatan Thailand ke Kelantan yang dahulunya merupakan jajahan Negara Thai. Pada tahun 1950, menora dipentaskan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk meraikan perayaan hari Wesak (hari kelahiran Buddha), Hari Thambun (upacara berhala), upacara menandakan kesyukuran dan sebagai persembahan komersial. Menora dikenali sebagai nora. Lihat juga makyung.
popular musicmuzik popularMuzikTiada

 Muzik yang diketahui dan digemari ramai, dan disebarkan melalui media massa. Melodi, meter, harmoni, bentuk dan liriknya tidak kompleks dan berdasarkan idiom muzik pop Anglo-Amerika. Melodi mudah diingati dan gayanya biasa berubah mengikut cita rasa pendengar. Alat muzik Barat seperti gitar, pensintesis, dram dan alat muzik tempatan seperti gambus, tabla dan rebana digunakan dalam muzik popular Malaysia. Contohnya, lagu seperti Jerat Percintaan yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, Fantastik oleh KRU, Sinaran oleh Sheila Majid dan Sampaikan Salam oleh kumpulan Alleycats. Sinonim muzik pop.

raprapMuzikTiada

 Naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya hip-hop yang muncul dalam masyarakat orang kulit hitam di kota New York pada tahun 1970-an. Rap telah diadaptasikan oleh remaja di serata dunia dengan menggunakan bahasa dan dialek masing-masing untuk meluahkan perasaan. Dalam budaya hip-hop, penyanyi rap memakai kemeja-T, seluar besar, kasut kanvas, topi besbol dan menari tarian break. Rap juga dinyanyikan oleh deejay di kelab tarian. Contohnya, lagu rap di Malaysia termasuklah Fanatik oleh KRU dan Alhamdulillah oleh Too Phat. Lihat juga hip-hop.


Kembali ke atas