Sky Mirror | Cermin Langit | Pelancongan | Tiada | Sebuah kawasan tengah laut di Kuala Selangor yang menjadi pulau cermin buatan apabila air surut. Disebabkan terdapat air yang bertakung di atas pasir tersebut maka terjadinya pantulan langit yang dapat menghasilkan gambar seperti berdiri di atas cermin. |
zoological garden | taman zoologi | Pelancongan | Tiada | Taman tarikan pelancong dan tempat rujukan penyelidik tentang sains haiwan. Contohnya, Santuari Gajah Kuala Gandah, Pahang dan Santuari Orang Utan Sepilok, Sabah. |
fringe theatre | teater pinggiran | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang dipersembahkan di luar pusat utama pementasan teater. Contoh pusat utama ialah Broadway (New York), West End (London), Taman Ismail Marzuki (Jakarta), dan Istana Budaya (Kuala Lumpur). Pada mulanya, pementasan teater pinggiran adalah untuk memerikan drama yang dipentaskan di kawasan pinggiran dan bercirikan avante-garde serta antigolongan berkuasa pada tahun 1950-an. Kini, teater ini tidak lagi terhad kepada tema di atas, tetapi turut mempersembahkan drama arus perdana yang boleh diterima umum. Lihat juga grada depan. |
arbitrage | arbitraj | Ekonomi | Tiada | Kegiatan membeli pertukaran asing, sekuriti, atau komoditi di satu pasaran dan menjualnya di pasaran lain secara serentak dengan harga yang lebih tinggi. Kegiatan ini berlaku kerana terdapat perbezaan harga antara dua pasaran. Kemudahan memindahkan mata wang melalui telegraf antara pusat perdagangan di Kuala Lumpur dengan pusat perdagangan di New York atau di London, membolehkan arbitraj terhadap mata wang dilakukan. |
panoramic method | kaedah panorama | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah bercerita yang memaparkan suasana sesuatu tempat atau peristiwa secara ringkas dan umum.Pengarang biasanya menggunakan kaedah ini dari perspektif yang luas. Kaedah bercerita tidak memerlukan perincian yang teliti tentang sesuatu hal yang diceritakan itu. Kaedah ini membolehkan pengarang berubah dari satu latar atau peristiwa lain secara cepat. Biasanya, pengarang yang menggunakan kaedah ini akan menulis karya berasaskan sudut pandangan serba tahu. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas banyak menggunakan kaedah panorama. Latar kampung atau suasana kehidupan bandar dalam novel tersebut hanya diberikan gambaran secara umum dan luas. Lihat juga sudut pandangan serba tahu. |
herbal database | pangkalan data herba | Herba | Pemiawaian | Sistem data yang menyimpan maklumat herba seperti spesies, aktiviti biologi, kegunaan, sebatian kimia dan maklumat lain yang berkaitan secara tersusun atau sistematik. Sistem ini biasanya dalam bentuk elektronik dan menggunakan perisian komputer tertentu seperti Microsoft Excel atau Microsoft Access. Antara pangkalan data yang terkenal di Malaysia ialah Globinmed yang diselia oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur. |
heterogenous society | masyarakat heterogen | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat kompleks yang terdiri daripada berbilang etnik dengan pelbagai amalan agama, bahasa, budaya dan warna kulit. Dalam masyarakat heterogen, tidak wujud satu unsur identiti yang jelas bagi satu-satu kelompok masyarakat. Perbezaan ini tidak terbatas kepada unsur etnik dan budaya semata-mata tetapi juga dari sudut jenis pekerjaan, tempat tinggal, pendidikan, gender dan kelas. Masyarakat ini lebih kompleks daripada masyarakat majmuk yang melihat perbezaan kaum itu selari dengan perbezaan bahasa, agama dan budaya. Dalam masyarakat heterogen ini, perbezaan juga boleh terdapat dalam satu kaum. Contohnya, masyarakat metropolitan kota yang besar seperti Kuala Lumpur, London dan New York merupakan masyarakat heterogen. |
chain rhyme | rima berangkai | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang berulang-ulang dalam puisi terutamanya pada baris ayat atau stanzanya. Biasanya perkataan akhir bagi suatu baris ayat atau stanza akan berulangan dalam ayat atau stanza yang baharu. Pengulangan ini akan melahirkan suatu makna yang baharu. Hal ini menjadikan seluruh ayat atau stanza saling berkait, berangkai, dan mempunyai pertautan makna antara satu sama lain. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh rima berangkai ditemui dalam pantun berkait. Pantun berkait memperlihatkan hubungan berkait antara satu rangkap dengan rangkap yang lain. Pantun berkait biasanya terdiri daripada empat baris serangkap. Perkaitan berlaku dengan cara mengulangi baris kedua rangkap pertama pada baris pertama rangkap kedua. Seterusnya, mengulangi baris keempat rangkap pertama pada baris ketiga rangkap kedua. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang dalam rangkap pantun yang kemudiannya. Contoh pantun berkait adalah seperti yang berikut: Teluk Lipat airnya biru, Tempat orang mencuci muka; Tuan dapat kasih baharu, Benci tuan kepada saya. Tempat orang mencuci muka, Bukit roboh Kuala Kemidi; Benci tuan kepada saya, Saya hodoh tiada budi. |