Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuan.ti.ta.tif] | کوانتيتاتيف

Definisi : berdasarkan kuantiti, berkaitan dgn kuantiti: nilai ilmu, intelek, dan perkhidmatan tidak dapat diukur secara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuan.ti.ta.tif] | کوانتيتاتيف

Definisi : berkaitan dgn kuantiti: analisis ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuantitatif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quantitation limithad kuantitatifHerbaPeraturan dan PemasaranJumlah terendah analit yang ditentukan dengan tahap kejituan dan ketepatan yang bersesuaian dalam sesuatu prosedur analisis. Had kuantitatif biasanya digunakan dalam penentuan bendasing dan bahan degradasi produk.
quantitative analysisanalisis kuantitatifHerbaTiadaKaedah pengukuran kandungan bahan kimia penanda yang terdapat dalam bahan herba. Data yang diperoleh daripada analisis ini menyatakan kepekatan atau kekuatan bahan kimia aktif tersebut. Kaedah ini berguna untuk memastikan kualiti, ketulenan, keselamatan dan keberkesanan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Menurut British Pharmacopoeia, kandungan bahan kimia penanda dalam bahan herba ditentukan secara kuantitatif melalui pelbagai kaedah assai.
clinical datadata klinikalHerbaPeraturan dan PemasaranMaklumat atau data kualitatif dan kuantitatif yang diperoleh daripada kajian klinikal tentang kesan pemberian rawatan tertentu ke atas subjek manusia atau pesakit. Data kualitatif memberikan maklumat deskripsi melibatkan pemerhatian pada perlakuan subjek seperti sakit kepala, rasa lesu dan cirit-birit. Data kuantitatif ialah maklumat dalam bentuk angka seperti bacaan tekanan darah 120/90 mm Hg, suhu badan 37°C dan kandungan kolesterol total dalam darah sebanyak 5.30 mmol/L.
quantitative economyekonomi kuantitatifEkonomiTiadaLihat ekonomi matematik.
quantitative analysisanalisis kuantitatifHerbaPemiawaianKaedah analisis kimia untuk menentukan kadar kandungan sebatian penanda daripada ekstrak herba dengan menggunakan kaedah kromatografi tertentu, seperti kromatografi cecair prestasi tinggi. Contohnya, penentuan 10% eurikomanon dalam ekstrak akueus akar tongkat ali (Eurycoma longifolia).
quantitative compositionkandungan kuantitatifHerbaPeraturan dan PemasaranKandungan kekuatan bahan aktif produk yang dinyatakan dalam setiap unit dos, isi padu atau berat.
quantitative analysisanalisis kuantitatifKimiaKimia AnalisisKaedah analisis kimia yang berkaitan dengan penentuan amaun komponen-komponen dalam sampel.
densitometrydensitometriHerbaTiadaKaedah pengukuran kuantitatif berdasarkan ketumpatan optik komponen kimia yang menyerap sinaran ultralembayung dan sinaran tampak. Komponen kimia herba dipisahkan secara kromatografi lapisan nipis dan kuantiti setiap komponen yang terpisah dinilai menggunakan alat densitometer. Penilaian densitometri menggunakan bahan penanda berupaya menentukan tahap kualiti, keselamatan dan keberkesanan bahan mentah atau sediaan herba.
titrationpentitratanHerbaTiadaKaedah analisis kuantitatif untuk menentukan kuantiti komponen kimia yang terdapat dalam bahan herba. Kuantiti dihitung berdasarkan jumlah isi padu larutan pentitrat yang bertindak balas dengan komponen kimia herba. Contohnya, assai kandungan asid benzoik dalam kemenyan Siam.
lazy Susandulang putarPentadbiran PerniagaanAnalisis KuantitatifSejenis dulang di atas meja yang boleh diputar untuk memudahkan mengambil makanan yang disajikan.
123456

Kembali ke atas