Heaviside step function | fungsi injak Heaviside | Fizik | Nanoteknologi | Fungsi yang tidak selanjar, diberi simbol H(x), bernilai sifar pada x < 0 dan 1 pada x > 0. Fungsi ini digunakan bagi menyatakan bilangan elektron yang terkurung dalam bintik kuantum, wayar kuantum dan bahan pukal sebagai fungsi tenaga. Contohnya, bilangan elektron N(E) terkurung dalam bintik kuantum ialah: N (E) = K0 ? di H (E ? Eiw) dengan, (N[E]=bilangan elektron, K0 = pemalar, di = kedegeneratan aras tenaga ke i dan E = tenaga elektron). |
nanowire | nanowayar | Fizik | Nanoteknologi | Struktur berbentuk seperti wayar, berdiameter 1 nm - 100 nm. Nanowayar memberikan kesan mekanik kuantum berdimensi satu dan dikenali juga sebagai wayar kuantum. Terdapat pelbagai jenis nanowayar, termasuk daripada bahan logam (seperti Ni, Pt, Au), semikonduktor (seperti Si, InP, GaN) dan penebat (seperti SiO2, TiO2). Nanowayar dapat digunakan untuk menyambung komponen halus kepada litar yang amat kecil. |
quantum dot | bintik kuantum | Fizik | Nanoteknologi | Zarah bersaiz nanometer yang terdiri daripada gabungan atom atau molekul yang biasanya terdiri daripada bahan semikonduktor. Zarah ini dianggap sebagai suatu bintik yang mengandungi 1 elektron - 100 elektron, lohong atau eksiton yang terkurung dalam perigi keupayaan elektrostatik. Pengurungan ini menyebabkan elektron atau lohong mempunyai tenaga terkuantum yang dapat dicerap sebagai spektrum cahaya yang diskret. Bintik kuantum bersifat pendarfluor dan digunakan sebagai penderia biologi dan dalam peranti fotonik. |
quantum mechanics | mekanik kuantum | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bidang sains berkaitan dengan sifat-sifat atom dan molekul berdasarkan hubungan kedualan antara jirim dan sinaran gelombang. |
nanosphere | nanosfera | Fizik | Nanoteknologi | Zarah berbentuk sfera bersaiz 1 nm - 1000 nm. Zarah ini terdiri daripada logam, bahan organik, seramik atau bahan semikonduktor. Jika zarah ini bersaiz 1 nm - 100 nm dan diperbuat daripada bahan semikonduktor, zarah ini dipanggil bintik kuantum. Zarah ini disediakan melalui pelbagai cara, iaitu kaedah kimia, ablasi laser, MBE, dan MOCVD. |
nanocrystal | nanohablur | Fizik | Nanoteknologi | Susunan atom atau ion dalam pepejal yang berstruktur nano dengan saiz 1 nm - 100 nm. Jika saiz hablur ini menyamai atau kurang daripada saiz jejari eksiton, hablur tersebut akan memberikan kesan kuantum, seperti tenaga yang dipancarkan menjadi diskret. Nanohablur yang diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti kadmium selenida (CdSe) dikenali sebagai bintik kuantum. Contoh nanohablur yang lain ialah emas, grafit dan nikel. |
confined electron | elektron terkurung | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan elektron yang terkurung di dalam perigi keupayaan berdimensi 0, 1, 2 atau 3 dengan saiz dari 1 nm - 100 nm. Jika saiz dimensi ini sama atau lebih kecil daripada jejari eksiton, sekitar 10 nm, elektron ini akan mengisi aras tenaga yang diskret. Contohnya, elektron yang terkurung di dalam bintik kuantum, nanotiub, nanowayar, dan nanorod. |
nanostructure | nanostruktur | Fizik | Nanoteknologi | Objek yang mempunyai saiz di antara struktur molekul dengan struktur mikroskop. Struktur ini dibezakan mengikut bilangan dimensi pada skala nano. Contohnya, bintik kuantum mempunyai diameter 5 nm - 100 nm, mempunyai sifar dimensi pada skala nano, filem tipis berketebalan antara 0.1 nm - 100 nm adalah nanostruktur berdimensi satu. Sementara nanotiub dengan diameter tiub antara 0.1 nm - 100 nm mempunyai dua dimensi pada skala nano. Sfera nanozarah mempunyai tiga dimensi pada skala nano dengan saiz antara 0.1 nm - 100 nm. |
compact disk (CD) | cakera padat (CD) | Fizik | Nanoteknologi | Peranti plastik yang mengandungi data digital yang dibaca dengan pancaran laser bintik kuantum untuk penghasilan semula bunyi, imej atau maklumat lain yang telah dirakam. CD diperbuat daripada plastik polikarbonat dengan ketebalan 1.2 mm dilapisi filem tipis aluminium atau emas supaya bersifat memantul cahaya. Data disimpan dalam trek yang mengandungi lekuk bersaiz nanometer. Satu CD dibaca dengan memfokuskan cahaya laser semikonduktor. Perbezaan keamatan cahaya yang dipantulkan oleh lekuk yang diukur oleh satu fotodiod, membolehkan data dibaca daripada cakera. |
nanoparticle | nanozarah | Fizik | Nanoteknologi | Zarah yang terdiri daripada gugusan atom atau molekul yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Sifat fizik nanozarah, seperti sifat elektrik, optik dan magnet mungkin berbeza dengan sifat fizik bahan pukal yang asal kerana bahan bersaiz kecil yang kurang daripada 100 nm mengalami kesan kuantum. Contohnya, nanozarah emas kelihatan berwarna merah tua. Nanozarah berpotensi dipakai secara meluas dalam bidang bioperubatan, optik dan elektronik. |