Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.bu] | کوبو

Definisi : 1. sj pagar drpd kayu dan tanah utk menahan serbuan (serangan dll): murkalah ia lalu bertitah menyuruh kerahkan segala isi negeri cacakkan ~, aturkan meriam; 2. tempat pertahanan (yg diperkukuh dgn pagar atau benteng, kelengkapan alat senjata, dll), tempat pertahanan sementara (berupa ben­teng dll): Kampung Mersing Kanan benar-benar menjadi ~ Wan Derus; 3. tempat ygberpagar kuat utk menangkap gajah; berkubu 1. bertahan dlm kubu: tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; 2. ada kubunya, diperkukuh dgn kubu: barisan pertahanan yg ~; ~ gajah menangkap gajah dgn menghalaunya masuk ke dlm kubu; berkubukan menjadikan (menggunakan) sesuatu sbg kubu: jika kita ~ batang pisang alangkah baiknya; mengubui membuat kubu pd, memperkukuh (sesuatu) dgn kubu; terkubu terperangkap di dlm kubu (bkn gajah): barang maklum kiranya Shah Alam, kerana gajah sudahlah ~; perkubuan benteng-benteng utk pertahanan: pengawalnya memberitahu bahawa musuh telah sampai ke kawasan ~ mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bu] | کوبو

Definisi : ; rotan ~ sj tumbuhan (akar memanjat), Treycinetia javanica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bu] | کوبو

Definisi : ; orang ~ puak atau suku bangsa yg tinggal di hutan-hutan Jambi dan Palembang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bu] | کوبو

Definisi : 1 pagar drpd kayu dll utk menahan serangan musuh dll. 2 tempat bertahan yg diberi berpagar dan dilengkapi senjata; benteng tempat menahan serangan musuh: Mereka membuat ~ di atas bukit itu. 3 tempat yg berpagar utk menangkap gajah. berkubu 1 bertahan dlm kubu: Tentera musuh ~ di tebing sungai itu. 2 menggunakan kubu: ~ gajah menangkap gajah dgn menggunakan kubu. berkubukan menggunakan sesuatu sbg kubu: ~ batang pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubu (kata nama)
1. Bersinonim dengan pagar: benteng, tembok,

2. Bersinonim dengan tempat bertahan: tempat berlindung, tempat bersembunyi,

Kata Terbitan : berkubu, mengubui, terkubu, perkubuan,

Puisi
 

Kalau berperang di dalam kubu,
     Tombak lembing buat perisai;
Kalau hilang ayah ibuku,
     Seperti karang bunga berderai.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
swing districtwilayah berpindahSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan yang selama ini merupakan kubu kuat kepada sesuatu parti dan secara tiba-tiba berpindah sokongan kepada parti lain. Secara tradisinya wilayah ini akan memberi sokongan kepada parti tersebut untuk terus menang dalam sebarang pemilihan pada setiap pilihan raya. Apabila kawasan ini berpindah sokongan kepada parti lain, maka ia disebut sebagai wilayah berpindah. Contohnya, negeri Terengganu pada pilihan raya 1999 dapat dianggap sebagai wilayah berpindah apabila rakyatnya menukar sokongan kepada parti PAS.

Kembali ke atas