wild cat | kucing liar | Veterinar | Tiada | Kucing yang tidak pernah mempunyai hubungan dengan manusia sepanjang hidupnya. Kucing liar masih dijumpai di sebahagian besar dunia tetapi jarang ditemui kerana mereka sangat berhati-hati terhadap manusia. Terdapat pelbagai populasi kucing liar di seluruh dunia termasuklah kucing liar Eropah dan kucing liar Afrika. |
feral cat | kucing feral | Veterinar | Tiada | Kucing domestik yang tidak dipelihara oleh manusia dan tidak memiliki rumah. Kucing feral sangat agresif dan biasanya akan bersembunyi daripada manusia serta tidak akan membiarkan dirinya disentuh atau diuruskan oleh manusia. |
stray cat | kucing terbiar | Veterinar | Tiada | Kucing yang berada di luar rumah kerana telah meninggalkan atau tersesat daripada rumah pemiliknya serta telah terputus hubungan dan pergantungan dengan manusia. |
blending | pengadunan | Herba | Tiada | Proses menggabungkan bahan herba atau kelompok herba yang berlainan untuk menghasilkan bahan perantara atau produk akhir yang homogen. Contohnya, menggabungkan herba misai kucing dengan kacip fatimah atau menggabungkan herba misai kucing dari pelbagai sumber untuk menghasilkan adunan produk herba yang homogen. |
furkid | haiwan manjaan | Veterinar | Tiada | Haiwan peliharaan, kebiasaannya kucing atau anjing yang sangat manja dan sering menemani pemiliknya seolah-olah seperti anak mereka. |
androgynous | androginus | Pertanian | Tiada | Jambak bunga jantan spikelet seperti ekor kucing dengan butiran kecil tanpa debunga. |
diuretic | diuretik | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk melawaskan pembuangan urin. Contoh herba ini ialah misai kucing, asparagus dan teh. |
infestation | infestasi | Herba | Tiada | Keadaan herba yang dicemari serangga dan haiwan seperti rodensia. Kehadiran bulu mamalia (tikus, kucing dan lain-lain), feses dan bahagian jasad serangga merupakan bukti utama infestasi. Infestasi dikesan dengan mata kasar atau menggunakan mikroskop. Jika mengalami infestasi, bahan herba tersebut mesti dibuang dan tidak boleh digunakan dalam proses seterusnya. |
lithotriptic | litotriptik | Herba | Tiada | Herba yang melarutkan dan menyingkirkan batu karang dari tubuh. Contoh herba ini ialah misai kucing, dukung anak, misai jagung, pecah beling, lempung atau tempurung (Sonchus arvensis) dan parsli. |
diuretic | diuretik | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang digunakan untuk melawaskan pembuangan air kencing. Contohnya, ekstrak daun misai 24 kucing (Orthosiphon stamineus) dan ekstrak daun pecah beling (Strobilanthes crispus). |