Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.da] | کودا

Definisi : 1. sj binatang besar berkaki empat yg dipelihara utk kenaikan (pengangkutan dll), Equus caballus; 2. = daya (kuasa, kekuatan) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuat­an utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); 3. sj buah catur; ~ air tapir, tenuk; ~ beban kuda utk membawa (mengangkut) barang-barang; ~ belang (loreng) sj kuda yg berbelang-belang (berjalur­-jalur) seluruh tubuhnya, Equus burcelli; ~ beraksa kuda semberani; ~ bibit kuda jantan utk penternakan (pembiakan); ~ karengga kuda yg bulunya kemerah-merahan atau kekuning-kuningan; ~ kayu ki orang yg bodoh (boleh dipermain-mainkan); ~ kenderaan (tunggang) kuda kenaikan, kuda utk ditung­gang; ~ kepang persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpe­nunggang dan mempunyai unsur magis; ~ (-kuda) laut sj ikan laut yg kepalanya menye­rupai kuda, unduk-unduk, Hippocampus spp.; ~ liar kuda yg belum jinak; ~ lumba (pacu) kuda utk berlumba; ~ lumping kuda tiruan atau buatan utk permainan (dibuat drpd kulit atau buluh); ~ padi kuda kecil; ~ semberani kuda yg boleh terbang (dlm cerita-cerita dongeng); ~ teji = ~ tezi kuda yg cepat larinya; naik ~ hijau mabuk; anak ~ bulu kasap prb perihal anak muda yg riang gembira; asalnya ~ itu ~ juga dan keldai itu keldai juga prb tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya; bak rasa ~ pula kukuran prb perihal orang miskin yg berlagak spt orang kaya; spt ~ lepas dr pingitan prb terlalu gembira (sebab lepas dr kurungan atau pem­belengguan); kuda-kudaan sj alat permainan kanak­-kanak yg menyerupai kuda dan ditunggang; berkuda 1. mempunyai kuda; 2. = menguda ark menaiki (mengenderai) kuda; pasukan ~; memperkuda, memperkuda-kuda 1. mem­buat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung; perkudaan 1. tempat menternak (meme­lihara) kuda; 2. kandang kuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.da] | کودا

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), kedondong, Lannea grandis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.da] | کودا

Definisi : 1 beberapa jenis binatang besar berkaki empat yg tangkas berlari (dan biasanya digunakan sbg tunggangan), Equus caballus. 2 = daya (kuasa) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (tenaga yg diperlukan utk mengangkat sesuatu seberat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat). ~ belang kuda yg badannya berbelang-belang, Equus burchell. ~(-~) laut binatang laut yg kepalanya menyerupai kepala kuda, Hippocampus hudsonius. ~ lumba kuda yg dipelihara khas utk diadu berlari. ~ padi kuda yg kecil. ~ tezi kuda yg pantas berlari. kuda-kuda, kekuda 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. kuda-kudaan kuda tiruan (dibuat drpd kayu dll). berkuda menggunakan kuda; menunggang kuda: pasukan ~. memperkuda 1 melakukan spt kuda. 2 memperlakukan sekehendak hati; membodoh-bodohkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuda

Puisi
 

Laksamana naik kuda,
     Kuda datang dari Acheh;
Bukan senang bermain muda,
     Nak ada ilmu yang terpilih.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuda itu kuda juga,
     keldai itu keldai juga.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kuda kepangkuda kepangKesusasteraanTiadaTarian yang menggunakan patung kuda anyaman. Tarian ini terdapat di negeri Johor dan dikenali juga dengan nama kuda lumping, jaran kepang atau ebeg. Tarian ini melibatkan antara 9 � 13 penari termasuk seorang ketua yang dikenali sebagai Danyang. Tarian ini boleh menyebabkan penari tidak sedar atau lupa diri. Sebelum memulakan persembahan, bomoh atau ketua kumpulan membaca jampi serapah dan menghadiahkan sajian kepada semangat kuda dan semangat pekarangan. Penari kuda kepang diiringi oleh kumpulan muzik yang mengalunkan muzik, iaitu angklung, gendang bujur dua muka, sebiji jidor dan gong. Tarian kuda kepang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan tarian menunggang kuda dan bahagian kedua bermula apabila penari mula masuk dalam keadaan lupa diri. Pada bahagian kedua, pergerakan penari mula dikawal oleh sesuatu kuasa ghaib. Kuda kepang berasal dari jawa dan diperkenalkan oleh Wali Songo untuk menyebarkan syiar Islam.
stallionkuda jantanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan yang sudah mencapai umur sesuai untuk membiak yang dikhususkan kepada kuda. Umur kuda jantan dewasa yang sesuai digunakan sebagai baka ialah tiga tahun.
horse leaderpengendali kudaPendidikanPendidikan KhasIndividu yang bertanggungjawab mengendalikan kuda sebelum, semasa, dan selepas sesi pembelajaran menunggang kuda.
mechanical efficiencykecekapan mekanikalKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaNisbah antara kuasa kuda brek dengan kuasa kuda mutlak dalam enjin
foalanak kudaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKuda yang baru dilahirkan sehingga mencapai umur enam bulan.
foalingberanak (kuda)PenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses kelahiran untuk kuda.
horsepowerkuasa kudaKejuruteraan AutomotifEnjinUnit kuasa dalam sistem British. Mengikut piawaian, satu kuasa kuda bersamaan dengan 76 kgm/s.
hippotherapyterapi kudaPsikologiTiadaSatu bentuk terapi fizikal, pekerjaan dan pertuturan untuk meningkatkan kekuatan fungsi neurologi dan fizikal pesakit disfungsi pergerakan dengan menggunakan pergerakan kuda.
sidewalkerpengiringPendidikanPendidikan KhasIndividu yang bertanggungjawab terhadap penunggang kuda semasa sesi pembelajaran menunggang kuda. Pengiring akan berada di sisi penunggang untuk membantu sekiranya penunggang mempunyai masalah keseimbangan badan.
dark horsekuda hitamSains PolitikPolitik Perbandinganlndividu yang tidak popular, dipilih untuk menyelesaikan persaingan atau perebutan jawatan atau kedudukan tertentu oleh sekumpulan individu yang menaruh minat yang amat tinggi terhadap jawatan tersebut. Bagi mengelak keadaan konflik dan ketidakstabilan wujud maka seorang calon dipilih daripada kalangan yang tidak menaruh minat terhadap jawatan tersebut. Walaupun begitu, masyarakat sedar bahawa individu yang dipilih itu ialah kuda hitam yang bertujuan menghindarkan konflik.
12345

Kembali ke atas