kuda laut | kuda laut | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur haiwan berbentuk kuda laut yang lazimnya dijadikan hiasan kisi-kisi. |
bunga kuda laut | bunga kuda laut | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur haiwan dan tumbuhan yang mengambil bentuk kuda laut. |
unduk-unduk laut | unduk-unduk laut | Kesenian | Tiada | Motif yang berunsur haiwan berbentuk unduk-unduk laut atau kuda-kuda laut. |
kelarai iningkakat(Mur.) | kelarai iningkakat(Mur.) | Kesenian | Tiada | Motif anyaman berunsur haiwan berbentuk kuda laut kembar. |
kelarai nagulanan(Mur.) | kelarai nagulanan(Mur.) | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur haiwan berbentuk motif kuda laut yang bersilang bagi melambangkan perselisihan faham sepasang suami isteri dalam budaya Murut. |
ovoviviparous fish | ikan ovoviviparus | Perikanan | Tiada | Ikan yang melalui proses pembiakannya secara penetasan telur di dalam badan induk. Anak (embrio) ikan berkembang di dalam telur dan mendapat sumber nutrien daripada kantung telur (yolka). Setelah matang, telur akan dikeluarkan daripada tubuh induk dan menghasilkan individu baharu (anak ikan). Contohnya, ikan pari dan kuda laut (induk jantan). |
zebra shark | yu rimau | Perikanan | Tiada | Ikan yu daripada famili Stegostomatidae, spesies Stegostoma fasciatum. Yu rimau mendiami laut pada kedalaman 5 hingga 30 meter. Ciri yang paling ketara pada ikan ini ialah badannya yang berbelang seakan kuda belang, langsing dan tirus, mempunyai tompokan hitam yang berselerak di seluruh badan termasuk sirip serta mempunyai ekor yang panjang. Selain itu, terdapat juga satu banjaran yang jelas di kedua-dua sisi badan dan muncung bulat dengan sesungut kecil. Ikan ini gemar memakan moluska, krustasia dan ikan kecil dengan cara menyedut keluar makanan daripada pasir pada waktu malam. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat tunda atau pancing. Nama lain bagi ikan ini ialah yu kebut atau yu cicak. |