Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.la.pu/] | کولاڤوق

Definisi : (Bio) kulat yg menyebabkan pertumbuhan yg berbulu halus rupanya di permukaan bahan organik yg lembap atau reput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.la.pu/] | کولاڤوق

Definisi : cendawan yg merosakkan tumbuh-tumbuhan dan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kulapuk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mouldkulapukMakanan dan PemakananMakananKumpulan mikroorganisma yang tumbuh dalam bentuk filamen multisel yang dipanggil hifa. Kulapuk berbeza dengan yis atau ragi yang tumbuh dalam bentuk sel tunggal. Pelbagai kulapuk mampu untuk tumbuh sebagai organisma separa mikroskopik, iaitu miseliumnya cenderung untuk membentuk jaringan selirat benang putih yang halus dan lembut di atas permukaan makanan. Kulapuk boleh menyebabkan kerosakan makanan. Namun, terdapat kulapuk yang bermanfaat dan memainkan peranan penting dalam pengeluaran pelbagai makanan dan minuman seperti tempeh, idli, miso, keju dan bir.
mouldkulapukMakanan dan PemakananTeknologi MakananMikrob multisel yang terdiri daripada bebenang bercabang yang berfungsi untuk mendapatkan zat daripada perumah atau untuk menghasilkan spora supaya kulapuk baru dapat tumbuh dan membiak. Kulapuk sesuai hidup dalam keadaan lembap pada pH 4.5-5.0 dan keaktifan air 0.8-0.87. Terdapat kulapuk yang berguna seperti Aspergilus niger untuk pengeluaran asid sitrik dan kulapuk perosak seperti Aspergilus flavus dalam kacang tanah.
total mould countkiraan jumlah kulapukMakanan dan PemakananTeknologi MakananKaedah mengira bilangan atau peratus medan mikroskop kulapuk berfilamen atau berspora dalam amaun makanan tertentu. Kiraan ini boleh ditentukan dengan satu hitungan khusus dikenali sebagai kiraan kulapuk Howard. Contohnya, peratus maksimum medan mikroskop bagi jus oren adalah 15%, jus tomato 20% dan jus strawberi 55%. Lihat juga kiraan kulapuk Howard.
moldkulapukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKulat yang tumbuh di permukaan kayu dan hasil kayu, dan tidak menyebabkan pewarnaan yang dalam. Kulapuk biasanya berwarna hijau tua atau hitam, dan kadang kala berwarna kuning. Kulapuk sering menyerang kayu yang berwarna keputihan, seperti jelutung dan kayu getah dan biasanya boleh dibuang dengan cara mengetam permukaannya.
Howard mould countkiraan kulapuk HowardMakanan dan PemakananTeknologi MakananKaedah mengira hifa, iaitu kulapuk berfilamen tiub melalui pencerapan sampel pada slaid kaca khas di bawah mikroskop. Peratusan bilangan hifa pada setiap medan positif. Slaid yang digunakan dikenali sebagai slaid Howard, sel Howard ataupun kebuk Howard. Kaedah ini digunakan untuk menghitung kulapuk dalam makanan seperti sos tomato atau sos cili.
mouldkulapuk; acuanPentadbiran PerniagaanTiada2. Kulapuk: Sebarang kulat bermultisel dan berfilamen yang biasanya membentuk lapisan yang kasar dan berbulu pada bahan-bahan yang sedang reput.
green mouldkulapuk hijauBiologiPatologiPenyakit pada limau yang disebabkan oleh kulat Penicillium digitatum. Gejala serupa dengan penyakit kulapuk biru tetapi miselium yang kelihatan pada permukaan tumbuhan yang terjangkit berwarna kehijauan.
mouldkulapuk; acuanFizikTiadaTiada
mouldkulapuk; acuanKomunikasi MassaTiadaTiada
rustskulapukGeografiTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas