Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.man] | کومن

Definisi : 1. organisma halus (tidak terlihat oleh mata kasar) yg wujud di udara, air dan tanah dan pd makhluk hidup dan mati, yg penting kpd manusia kerana kesan-kesan kimianya dan kadangkala menyebabkan penyakit, bak­teria, basil; ilmu ~ ilmu mengenai berbagai­-bagai bakteria (yg menyebabkan penyakit); 2. ki sesuatu yg sangat halus atau seni (spt debu dll); ~ air kutu dlm air yg menyebabkan kudis; ~ menjadi barah (pekung) prb perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan; ~ di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak prb kesalahan (keburukan) orang dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; matilah ~ kena pelantik sekalian alam limpah darahnya prb orang kebanyakan berkahwin dgn orang bangsawan, menjadi buah mulut orang halnya; mencungkil ~ dgn alu prb membuat pekerjaan yg sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.man] | کومن

Definisi : 1 = ~ penyakit benda hidup yg seni yg mendatangkan berbagai-bagai jenis penyakit: Air hendaklah dimasak supaya ~ di dlmnya mati. 2 ki sesuatu yg halus atau seni (mis debu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuman (kata nama)
Bersinonim dengan bakteria, virus, aba-daba, hama, zarah, basil;,
Kata Terbitan : berkuman,

Puisi
 

Anak haruan mudik berenam,
     Lumba-lumba menyusul tebing;
Sama mencecah si hati kuman,
     Susah senang sama membimbing.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.

Bermaksud :

Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decapsulationnyahkapsulPerikananAkuakulturPengupasan kulit telur artemia di bahagian luar menggunakan larutan natrium hipoklorit (NaOCl). Kelebihan nyahkapsul adalah dapat membunuh protozoa, bakteria dan kuman-kuman yang melekat pada telur serta mempercepat proses penetasan sista artemia.
disinfectingbasmi kumanPertanian OrganikTanaman Makanan-
carrierpembawaKejururawatanTiadaSeseorang yang membawa kuman penyakit tanpa menunjukkan tanda dan gejala jangkitan dan boleh memindahkan penyakit itu kepada orang lain.
chain of infectionrantaian jangkitanKesihatan AwamTiadaSatu siri peristiwa yang membolehkan interaksi kuman (bakteria, virus, kulat dan lain-lain) untuk menyebabkan jangkitan berlaku dalam diri seseorang.
chemotherapykemoterapiKejururawatanTiadaRawatan penyakit yang menggunakan bahan-bahan kimia untuk bertindak dengan kuman yang menyebabkan penyakit.
furunclefurunkelHerbaFitoterapiKeradangan bernanah pada kulit atau di bawah kulit yang disebabkan oleh jangkitan kuman Staphylococcus aureus; bisul.
hand sanitizerpensanitasi tanganKesihatan AwamTiadaBahan yang berupa cecair atau gel yang digunakan untuk membersihkan bahan pencemaran seperti kuman (bakteria, virus, kulat dan lain-lain) penyebab penyakit.
conjunctivitiskonjunktivitisHerbaFitoterapiKeradangan pada lapisan konjunktiva yang merangkumi permukaan dalam kelopak mata dan bahagian putih mata akibat jangkitan kuman atau virus. Sinonimoftalmia.
colitiskolitisHerbaFitoterapiSejenis penyakit berkaitan pencernaan kronik yang dicirikan oleh radang pada lapisan di dalam kolon. Kolitis disebabkan oleh jangkitan kuman, ulser, keracunan makanan, bengkak usus atau aliran darah yang tidak lancar.
anthraxantraksFizikNanoteknologiSejenis penyakit yang amat mudah berjangkit kepada haiwan dan juga manusia. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria (Bacillus anthracis) yang berasal daripada haiwan seperti biri-biri, kuda, anjing, lembu, dan kambing. Penyakit ini biasanya dapat menyebabkan kematian. Bakteria tersebut menghasilkan bahan toksik yang membunuh sel dan menyebabkan cecair berkumpul di dalam tisu tubuh. Kuman penyakit ini dijadikan sebagai senjata biologi.

Kembali ke atas