sewerage | pembetungan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu sistem penyaluran kumbahan yang mengandungi rangkaian saluran dan peralatan rawatan kumbahan. |
sewage treatment | rawatan kumbahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses menghilangkan bahan cemar daripada sisa buangan domestik atau industri. |
pollutant | pencemar | Sains dan Teknologi | Tiada | Kumbahan, buangan industri, atau bahan lain yang membahayakan atau tidak diingini yang akan menurunkan mutu air. |
blackwater | air sisa najis | Alam Sekitar | Tiada | Air buangan atau kumbahan daripada tandas. |
septic tank | tangki najis | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Tangki pengumpulan kumbahan yang dibina di tempat yang tidak ada sistem pembetungan. |
effluent | efluen | Herba | Tiada | 1. Cecair yang dikeluarkan daripada suatu proses seperti dalam kromatografi cecair. 2. Bahan sisa buangan cecair seperti cecair ampaian yang mengandungi hampas herba, bahan kimia, kumuhan dan sebagainya dari kilang. 3. Kumbahan yang mengalir keluar ke dalam sungai atau laut. |
eutrophication | pengeutrofikatan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pengayaan nutrien air permukaan yang berlaku secara semula jadi dan dipercepat oleh aktiviti manusia, contohnya pertanian dan pelepasan sisa yang kaya dengan nutrien. Pengeutrofikatan biasanya berlaku disebabkan oleh pembuangan bahan cuci, baja dan sisa kumbahan yang mengandungi nitrat dan fosfat ke dalam sistem akuatik dan mengakibatkan ledakan alga. |
lagoon | lagun | Sains Marin | Tiada | Jasad air cetek yang dipisahkan daripada jasad air yang lebih besar oleh kepulauan terumbu atau karang yang dikenal pasti sebagai garisan pantai yang mempunyai campuran pasir dan batu kelikir. Lagun juga boleh dibina secara buatan dan digunakan sebagai tempat rawatan air kumbahan. |