insurance fund | dana insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kumpulan wang yang mengandungi semua premium yang diterima oleh insurer, termasuk pendapatan kumpulan wang itu. 2. Aset yang terkandung dalam kumpulan wang itu digunakan hanya untuk memenuhi liabiliti dan perbelanjaan yang berkaitan dengan perniagaan insurans yang dimaksudkan. |
insurance fund | dana insurans | insurans | Tiada | 1. Kumpulan wang yang mengandungi semua premium yang diterima oleh insurer, termasuk tamat polisi dan nama syarikat. 2. Aset yang terkandung dalam kumpulan wang itu digunakan hanya untuk memenuhi liabiliti dan perbelanjaan yang berkaitan dengan perniagaan insurans yang dimaksudkan. |
chorus | korus | Kesusasteraan | Tiada | 1. Kumpulan penari dan penyanyi yang mengambil bahagian di dalam perayaan keagamaan dan pertunjukan drama pada zaman Greek Tua. 2. Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh korus. |
quinone | kuinon | Herba | Pemiawaian | Kumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kumpulan keton pada kedudukan 1,4- atau 1,2- dan dua ikatan ganda dua yang terletak di antara kedua-dua keton tersebut. Sebatian kuinon boleh mengandungi satu atau lebih gelang aromatik terlakur pada sisi benzokuinon asal. Sebatian kuinon yang besar biasanya berwarna disebabkan oleh pengkonjugatan ikatan ganda dua dengan kumpulan keton. Contoh ekstrak herba yang mengandungi sebatian kuinon ialah daun mengkudu (Morinda citrifolia). |
infrared spectrophotometry | spektrofotometri inframerah | Herba | Tiada | Kaedah pengukuran spektrofotometri yang dilakukan dalam kawasan inframerah pada julat nombor gelombang 200 cm-1 -4000 cm-1. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengenal pasti kumpulan berfungsi komponen kimia yang terdapat dalam bahan herba bagi mengawal kualiti bahan mentah dan produk herba. Spektrum inframerah suatu bahan herba digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik. |
molar absorptivity | keserapan molar | Kimia | Kimia Analisis | Pemalar yang menyatakan keupayaan penyerapan suatu spesies atau kumpulan berfungsi. Mengikut hukum Beer Lambert, pemalar perkadaran, e adalah keserapan molar, jika kepekatan sampel yang diukur penyerapannya dalam unit kepekatan molar. Unitnya liter mol-1 cm-1. |
penetration signature | tandatangan penembusan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Maklumat mengenai keadaan sistem atau kumpulan syarat yang perlu dicapai dalam sistem komputer dan juga aktiviti yang berlaku dalam sistem yang boleh memberi petunjuk bahawa percubaan menceroboh sedang dijalankan. 2. Maklumat mengenai langkah yang diambil atau kaedah yang digunakan oleh pengguna hasad atau proses automasi sebagai modus operandi semasa menceroboh suatu sistem komputer. Maklumat ini boleh disertakan ke dalam perisian keselamatan seperti sistem pengesanan pencerobohan untuk mengenali tingkah laku yang mungkin boleh membawa kepada pencerobohan. |
master policy | polisi induk | insurans | Tiada | 1. Kontrak yang dikeluarkan kepada majikan atau entiti yang dibenarkan oleh undang-undang bagi sesuatu pelan insurans kumpulan. 2. Insurans harta yang dikeluarkan kepada insured untuk membolehkannya mengeluarkan sijil perlindungan bagi melindungi harta orang lain. |
ritornello | ritornello | Muzik | Tiada | 1. Bahagian muzik instrumental yang berfungsi sebagai pendahuluan, interlud atau poslud dalam sebuah muzik vokal pada abad ke-17. 2. Bahagian tutti, iaitu kumpulan besar atau bahagian orkestra dalam konserto groso. Lihat juga konserto. |
antiphon | antifon | Muzik | Tiada | 1.Teks daripada Kitab Injil yang dinyanyikan sebelum dan selepas psalm atau kantikel dalam canta Gregorian. Antifon dinyanyikan dalam gaya silabik 2. Nyanyian oleh dua kumpulan korus secara bergilir-gilir dalam upacara gereja Katolik yang melibatkan nyanyian balas antara suara, bunyi dan melodi. |