structural isomerism | keisomeran struktur | Kimia | Tiada | Keisomeran pada sebatian yang mempunyai formula struktur yang berbeza. Terdapat tiga jenis yang utama. Pertama, isomer kumpulan berfungsi yang terdiri daripada sebatian yang berlainan jenis; misalnya, etanol, C2H5OH dan dimetil eter, C2H5CH3. Kedua, isomer kedudukan yang berbeza akibat kedudukan kumpulan berfungsi; misalnya, 1-propanol, CH3CH2CH2OH dan 2-propanol, CH3Chi-(OH)CH3. Ketiga, isomer rantai yang berbeza disebabkan rantai yang berbeza; misalnya, butana CH3CH2CH2CH3 dan 2-metil-propana, H3CCH(CH3)CH3. Sin. isomerisme struktur. |
functional group analysis | analisis kumpulan berfungsi | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
ion exchange chromatography | kromatografi pertukaran ion | Herba | Fitokimia | Kaedah kromatografi untuk tujuan pengasingan zat yang terdapat dalam suatu campuran berasaskan perbezaan cas antara zat yang berlainan. Fasa pegun terdiri daripada satu matriks penyokong seperti selulosa, agarosa, Sephacel dan Sephadex yang mempunyai kumpulan berfungsi tertentu sebagai pengikat kepada zat yang bercas. Kumpulan berfungsi yang bersifat bes seperti ammonium bertindak sebagai penukar anion, sedangkan kumpulan berfungsi yang bersifat asid seperti karboksil dan sulfonil bertindak sebagai penukar kation. Kaedah kromatografi ini sering digunakan untuk memisahkan bahan biomolekul seperti protein, karbohidrat dan asid amino atau sebarang sebatian yang berbentuk cas. |
primary alcohol | alkohol primer | Kimia | Tiada | Alkohol yang kumpulan berfungsi –OH terikat pada atom karbon primer, iaitu pada atom karbon yang terikat hanya pada satu atom karbon yang lain. Misalnya etanol. |
secondary alcohol | alkohol sekunder | Kimia | Tiada | Alkohol yang kumpulan berfungsi –OH terikat pada atom karbon sekunder, iaitu atom karbon yang terikat pada dua atom karbon yang lain. Misalnya, 2-propanol. |
tertiary alcohol | alkohol tertier | Kimia | Tiada | Alkohol yang kumpulan berfungsi –Oh terikat pada atom karbon tertier, iaitu atom karbon yang terikat pada tiga atom karbon yang lain. Misalnya, 2-metil- 2-propanol. |
telechelic polymer | polimer telekelik | Kejuruteraan | Polimer | Polimer yang mengandungi dua kumpulan berfungsi yang reaktif di hujungnya pada setiap molekul. |
aliphatic amines | amina alifatik | Kimia | Forensik | Sebatian organik berbes dengan kumpulan berfungsi amino (-NH2) terikat pada rantai karbon linear atau bercabang. Sebatian ini terbahagi kepada amina alifatik primer (formula am, R-NH2), amina alifatik sekunder (formula am, R2NH), amina alifatik tertier (formula am, R3N), dan amina alifatik kuarterner (formula am, R4,N+). Contohnya, metanamina (CH3NH2) dan etanamina (CH3CH2NH2). |
gamma position | kedudukan gama | Kimia | Tiada | Karbon ketiga daripada karbon yang mempunyai kumpulan berfungsi. |
branching coefficient | pekali pencabangan | Kejuruteraan | Polimer | Parameter yang dijelaskan sebagai kebarangkalian sesuatu kumpulan berfungsi pada unit cabang yang dikait silang kepada unit cabang lain yang bukan rantai polimer mati. |