Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.mur] | کومور

Definisi : ; ubat ~ ubat berupa cecair utk mencuci (mengubati) mulut; berkumur mencuci mulut dgn mengocak­-ngocak air di dalamnya: sebelum makan pagi, dia menggosok gigi dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.mur] | کومور

Definisi : ; berkumur mengocak-ngocakkan air di dlm mulut utk mencucinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumur (kata kerja)
Bersinonim dengan kemu, gurah, cuci mulut;,
Kata Terbitan : berkumur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genteelismekesantunanKesusasteraanTiadaSifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud �asuhan sempurna�, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud �anggun�. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: �... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman.�
herbal garglebahan kumur herbaHerbaTiadaLarutan herba yang digunakan untuk mencuci dan merawat bahagian tekak dan tenggorokan. Larutan ini dikumur, dan kemudian dikeluarkannya dari mulut dan tidak diminum. Contoh herba ini ialah sirih dan pudina.
volatile oilminyak meruapHerbaTiadaMinyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati.

Kembali ke atas