Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.nyit] | کوڽيت

Definisi : sj tumbuhan (rizom­nya dijadikan bahan pencelup dan rempah), Curcuma domestica (longa); beras (nasi) ~ beras (nasi) yg kuning warnanya (kerana dibubuh air kunyit); ~ bolai sj tumbuhan (herba), bolai, bongelai, Zingiber cassumunar; ~ jawa sj tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesum, kesumba keling, Bixa orellana; ~ teras hitam sj tumbuhan (herba), bersih hitam, lampoyang hitam, Zingiber ottergii; bagai ~ dgn kapur prb lekas atau mudah berlaku (mesra, berpadu, dll); kuning oleh ~, hitam oleh arang prb orang yg tidak ber­pendirian tetap dan dapat dihasut (dipengaruhi) oleh orang lain; tidak resan ~ resan serai prb tidak ada perhubungan keluarga antara dua orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.nyit] | کوڽيت

Definisi : ; ~ selayang sj burung, Oriolus chinensis; ~ senja sj burung, Oriolus xanthonotus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.nyit] | کوڽيت

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan atau rizomnya (rizomnya dijadikan ramuan ubat, gulai dll), Curcuma domestica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kunyit

Puisi
 

Nasi kunyit tinggi berdiri,
     Mari makan di atas meja;
Dari jauh hamba ke mari,
     Untuk berjumpa sahabat semata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tidak resan kunyit,
     resan serai.

Bermaksud :

Tidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antiviralantiviralHerbaTiadaHerba yang memusnahkan virus dalam tubuh. Contoh herba ini ialah kunyit, lidah buaya, akar manis, astragalus, barli, kalendula, echinacea (ekinasea), cendawan maitake dan reishi, dan raspberi merah.
anticoagulantantikoagulanHerbaTiadaHerba yang mencegah penggumpalan darah. Contoh herba ini ialah bawang putih, kunyit dan sweet clover (Melilotus officinalis).
emmenagogueemenagogHerbaTiadaHerba yang menggalakkan aliran menstruasi. Contoh herba ini ialah lidah buaya, kunyit, halia, safron, black cohosh dan goldenseal.
antiviralantivirusHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan virus. Contohnya, ekstrak rizom kunyit (Curcuma longa) yang bersifat antivirus.
antibacterialantibakteriaHerbaTiadaHerba yang melawan dan memusnahkan bakteria. Contoh herba ini ialah selasih, kayu manis, cengkih, kayu putih, kunyit, alfalfa, chamomile (kamomil), parsli, pepermin, rubarb.
antifungalantikulatHerbaTiadaAgen yang melawan dan memusnahkan pelbagai kulat. Contoh herba ini ialah kayu manis, cengkih, bawang putih, kunyit, alfalfa (Medicago sativa), kava kava, parsli, St John's Wort dan taim.
antineoplasticantineoplastikHerbaTiadaHerba yang memusnahkan, merencat dan mencegah tumor. Contoh herba ini ialah bawang putih, lidah buaya, kemunting cina, kunyit, misai kucing, safron, kulit kayu pain dan biji flaks.
antidyspepticantidispepsiaHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat melegakan atau mengurangkan rasa sakit atau senak pada bahagian perut. Contohnya, ekstrak rizom kunyit (Curcuma longa) dan rizom lempoyang (Zingiber zerumbet) yang bersifat antidispepsia.
rhizomerizomHerbaPemiawaianBatang yang menegak di bawah tanah. Rizom tumbuhan herba seperti halia (Zingiber officinale), lempoyang (Zingziber zerumbet) dan kunyit (Curcuma longa) lazimnya digunakan dalam perubatan.
anticatarrhalantikatarHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah atau membantu menghilangkan lendir yang berlebihan dalam telinga, hidung atau tekak. Contohnya, ekstrak halia (Zingiber officinale), kunyit (Curcuma longa), dan pudina (Mentha arvensis) yang bersifat antikatar.
123

Kembali ke atas