Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuo.ta] | کووتا

Definisi : bilangan maksimum sesuatu yg diper­untukkan, dibenarkan atau ditetapkan, spt kereta yg diimport dan pekerja asing yg boleh dibawa masuk ke sesebuah negara: kerajaan mengenakan ~ ke atas eksport bijih timah; pihak berkuasa Saudi tahun ini mula menetapkan ~ jemaah haji dr setiap negara Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuo.ta] | کووتا

Definisi : bilangan atau banyaknya barang yg dibenarkan utk dibuat, dijual dll; bilangan orang yg dibenarkan atau yg dihadkan utk sesuatu kegiatan (utk belajar di universiti dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuota


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quota share reinsurancereinsurans kongsi kuotainsuransTiadaReinsurans prorata yang membayar ganti rugi kepada individu yang mengesid dengan peratusan tetap ke atas sebarang kerugian terhadap setiap risiko yang dilindungi di dalam kontrak dan dibayar dengan peratusan yang sama daripada premium, dengan mengambil kira perbelanjaan yang dialami oleh syarikat yang mengurus niaga.
beggar-thy-neighbour policydasar memapakan jiranEkonomiTiadaProgram bertujuan meningkatkan aktiviti ekonomi dalam negeri dengan mengenakan kuota atau tarif untuk menyekat import sehingga boleh menjejaskan sektor eksport negara lain. Negara yang menghadapi masalah pengangguran boleh menyekat import untuk meningkatkan permintaan terhadap keluaran dalam negeri dan seterusnya menambah peluang pekerjaan. Kesan tindakan tersebut ialah seolah-olah negara itu mengeksport pengangguran ke negara lain. Dasar ini sering diikuti oleh tindakan ketimbalbalikan oleh negara lain.
Hare and List SystemSistem Hare dan ListSains PolitikPolitik PerbandinganDua jenis sistem yang diamalkan dalam sistem pengundian berkadar. Dalam Sistem Hare pengundi diberi senarai calon yang bertanding dan dikehendaki menandakan beberapa calon yang dipilih menurut susunan kesukaannya. Sistem ini telah menetapkan satu kuota jumlah undi yang diperlukan dan calon pilihan pertama pengundi yang telah memenuhi kuota ini akan terpilih. Walau bagaimanapun, undi lebihan yang diperolehnya tidak terbuang, sebaliknya boleh dipindahkan kepada calon lain dalam parti yang sama, yang tersenarai sebagai pilihan kedua oleh pengundi tersebut. Manakala dalam Sistem List pula pengundi diminta menyenaraikan calon mengikut susunan parti pilihannya. Sistem ini mementingkan identifikasi parti lebih daripada calon. Parti yang mendapat paling banyak pilihan dianggap menang dan parti tersebut akan mengagihkan kerusi yang dimenangi kepada calon mereka berdasarkan senarai yang disediakan. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Ireland, Australia dan Afrika Selatan.
deprivationpenafianSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan meminggirkan peranan dan hak seseorang atau organisasi dalam sesuatu sistem yang dilakukan sama ada berasaskan motif politik atau ekonomi. Dalam konteks politik, penafian dilakukan untuk menghalang pengaruh seseorang atau kelompok tertentu daripada mencabar dan menyaingi kedudukan atau penguasaan politik golongan pemerintah. Penafian politik boleh wujud dengan menyekat seseorang atau kelompok bertanding dalam pilihan raya atau menghalang penglibatannya dalam aktiviti politik. Tindakan ini boleh dilakukan dengan mengenakan peraturan tertentu, menahan dan memenjarakan individu tersebut. Dalam konteks ekonomi pula, penafian boleh dilakukan dengan mengetatkan syarat perniagaan, mengenakan kuota atau cukai tertentu dan mengehadkan ruang perniagaan sesuatu kelompok. Contohnya, puak Kurdish di Iraq sewaktu rejim Saddam dinafikan hak mereka dalam konteks perwakilan politik. Sinonim perlucutan.

Kembali ke atas