iambic pentametre | pentameter iambik | Kesusasteraan | Tiada | Bait puisi yang mengandungi lima unit meter. Struktur ini biasanya digunakan untuk penulisan sajak tanpa rima, soneta dan kuplet wiraan. Lihat juga kuplet wiraan, soneta. |
heroic couplet | kuplet wiraan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk rangkap puisi yang terdiri daripada dua baris berima (biasanya dalam bentuk a, a) dan menggunakan iambic pentametre, iaitu sepuluh suku kata dengan lima tekanan. Bentuk ini berpunca daripada penggunaannya dalam puisi epik dan drama. Kuplet wiraan merupakan bentuk matra yang biasa digunakan terutamanya pada kurun ke-18. Bentuk ini dimantapkan oleh penyair Inggeris, Elexander Pope yang mempelbagaikan baris rangkap dan memecahkannya kepada jeda. Pope menggunakannya dalam satira, esei berangkap, dan rangkap puisi wiraan olokan. Contoh kuplet wiraan dalam karya Pope berjudul Epistle II: To A Lady: Of the Characters of Women adalah seperti yang berikut: Notihing so true as what you once let fall, Most women have no characters at all. Lihat juga epik olokan, pentameter iambik, wiraan olokan. |
open couplet | kuplet terbuka | Kesusasteraan | Puisi | Sajak yang tidak dapat berdiri sendiri terutama dari segi makna. Baris terakhir dalam sesuatu bait itu mempunyai hubungan makna dengan bait sebelum atau bait berikutnya. Pantun berkait yang baitnya terdiri daripada dua baris saja dapat dijadikan contoh kuplet terbuka. Contohnya, seperti pantun berkait di bawah. Lebah terbebar terbang sekawan, Hinggap di celah kayu berduri; Alangkah cabar rupanya tuan, Dagangan indah tidak terbeli. Hinggap di celah kayu berduri, Kepayang tumbuh di dalam dulang; Dagangan indah tidak terbeli, Sayang sungguh nyawanya hilang. |
sonnet | soneta | Kesusasteraan | Tiada | Puisi lirik 14 baris yang distrukturkan mengikut dua bentuk dan ceraian tetap seperti satu oktaf (lapan baris), sekstet (enam baris) dan tiga kuatrin (3 X 4 = 12 baris), dan satu kuplet (dua baris). Setiap baris soneta mengandungi lima kuplet (dua baris). Setiap baris soneta mengandungi lima unit pasangan suku kata, dan mempunyai rima mengikut pola tertentu. Pola inilah yang menentukan jenis soneta. Contoh soneta adalah seperti yang berikut: Pertama, Soneta Petrarch: Oktaf dan sekstet rima: a, b, b, a; a, b, a, b; c, d, e, c, d, e (atau c, d; c, d, c, d). Kedua, Soneta Spenser: Tiga kuatrin dan satu kuplet rima: a, b, a, b; c, d, c, d; e, f, e, f; g, g. Soneta berasal dari Sicily, Italy pada abad ke-13 dan diasaskan oleh penyair Petrarch dalam puisi cintanya. Bentuk soneta mula digunakan di England pada abad ke-16, dan bentuk ini dipelopori penyair seperti Sir Philip Sidney, Spenser dan Shakespeare, dan Milton. Pada abad ke-19, bentuk ini dihidupkan semula oleh penyair romantik seperti Wordsworth, Shelley, dan Keats. |
couplet | kuplet | Kesusasteraan | Puisi | Lihat rangkap dwibaris. |
closed couplet | kuplet lengkap | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang boieh berdiri sendiri yang terdiri daripada dua baris dalam satu stanza. Lazimnya puisi ini mempunyai jumlah perkataan yang samil dalam setiap baris. Di hujung setiap baris terdapat rima akhir yang sama seperti a a, b b atau c c. Contohnya, seperti di bawah. Pantun dua kerat: Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Gurindam: Apabila perkataan yang amat kasar, Lekaslah orang sekalian gusar. |
Clerihew | Clerihew | Kesusasteraan | Tiada | Puisi humor terdiri daripada dua kuplet dengan rima AABB dan merujuk kepada individu atau watak yang terkenal. Clerihew ialah sejenis puisi jenaka. |
couplet | rangkap dwibaris | Kesusasteraan | Puisi | Dua baris yang membentuk sebuah rangkap puisi yang sama rima akhimya. Rangkap dwibaris ini mengandungi pemikiran pengarangnya. Contohnya, "Gurindam Dua Belas" karya Raja Ali Haji. Sinonim kuplet. Barang siapa tiada memegang agama. sekali-kali tiada boleh diksilangkan nama. |
neo-classicism | neoklasisme | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan yang berasaskan ciri-ciri warisan Latin dan Yunani klasik yang dihidupkan semula di Eropah. Gaya penulisan menggunakan ciri-ciri keseimbangan, kesantunan, ketelitian dan kejituan dihidupkan semula di Eropah pada abad ke-17 dan 18. Mengikut peraturannya fungsi puisi adalah untuk pendidikan moral, manakala bentuk puisi perlu terhad kepada bentuk yang tetap seperti kuplet wiraan bagi mencerminkan keadaan manusia yang terhad dan serba kekurangan. Berbanding dengan romantisisme yang dianggap lebih bebas dan ghairah, neoklasisme mewakili sistem nilai yang lebih mengutamakan kewarasan, kejelahan, disiplin dan ketertiban sesuai dengan zaman yang dikenali sebagai Zaman Rasional. Oleh sebab nilai klasik dianggap sudah sempurna, tugas penulisan moden adalah untuk meniru gaya warisan ini. Antara penulis utama neoklasisme ialah Dryden, Pope, Addison, Johnson, goldsmith dan Swift. Lihat juga kuplet wiraan, romantisisme. |
rhyme | rima | Kesusasteraan | Tiada | Bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris-baris puisi yang memunculkan satu pola bunyi yang jelas. Contohnya dalam pantun dan gurindam. Rima juga boleh ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima begini disebut sebagai rima tengah. Contoh rima dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Skema rima mengikuti suatu bentuk yang tetap atau bentuk yang longgar. Skema rima termudah dapat dilihat dalam bentuk kuplet. Contoh skema rima ialah: a,a,b,b, dan c,c atau bentuk kuatrin: a,b,a,b dan a,b,b,a. Lihat juga rima ekasuku, rima feminin, rima tengah. |