substance purication | penulenan zat | Kimia | Kimia Analisis | Suatu kaedah yang berkesan dalam penulenan logam-logam tertentu. Penulenan kuprum merupakan contoh penulenan yang dilakukan secara besar-besaran. Logam kuprum yang tidak tulen dijadikan anod dalam rendaman asid sulfurik dan kuprum dilarutkan secara elektrolisis, membentuk larutan kuprum sulfat. Ion kuprum terbentuk di katod menghasilkan logam kuprum yang tulen. Keberkesanan kaedah ini disebabkan oleh ketakterlarutan bendasing dalam elektrolit tersebut. |
heavy metal contamination | kontaminasi logam berat | Herba | Tiada | Pencemaran bahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink yang terkandung dalam herba. Kontaminasi logam berat boleh berlaku disebabkan oleh pencemaran persekitaran secara sengaja atau tidak sengaja, penggunaan pestisid seperti plumbum arsenat dan penggunaan alat pemprosesan yang dibuat daripada bahan logam seperti kuprum dan besi. Penentuan kandungan logam berat berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan logam berat dalam bahan herba yang melebihi nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Logam berat dikesan menggunakan kaedah spektroskopi penyerapan atom. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengehadkan nilai plumbum dan kadmium piawai bagi bahan herba tidak melebihi 10 ppm dan 0.3 ppm masing-masing. |
heavy metal | logam berat | Herba | Tiada | Bahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink. Lihat juga kontaminasi logam berat. |
fusible link | sambungan berfius | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti pengawal yang terdiri daripada dawai kuprum, bersaiz lebih kecil daripada saiz dawai dalam litar dan terlibat untuk memutuskan litar apabila arus berlebihan melaluinya. |
nanoscale abacus | sempoa nanoskala | Fizik | Nanoteknologi | Susun atur bonggol daripada molekul karbon-60 di atas substrat kuprum yang membuatkan bentuk seperti sempoa dengan nombor 0 - 10. Pada barisan teratas menunjukkan sifar dengan tiada molekul pada bahagian hujung barisan, sementara pada barisan seterusnya menggambarkan siri nombor dari 1 - 10. Susunan berskala nano ini dapat dicerap pada imej mikroskop penerowongan imbasan (STM). |
premix mineral | mineral pracampur | Perikanan | Akuakultur | Campuran bahan mineral yang terdiri daripada unsur-unsur surih seperti zink, kuprum, kobart, besi dan mangan. Unsur-unsur ini diadun bersama-sama bahan pengisi dalam komposisi yang tertentu untuk keperluan spesies atau jenis ternakan. Mineral pracampur digunakan untuk penyediaan makanan rumusan ternakan. |
trace element | unsur surih | Perikanan | Akuakultur | Bahan yang terdapat dalam pracampuran mineral yang diperlukan oleh ikan pada kepekatan kecil seperti ferum, mangan, zink, kuprum, iodin, kobalt, selenium, molibdenum, kromium dan silikon. Unsur surih ini penting untuk keperluan fisiologi. |
fixing type preservative | bahan pengawet jenis kekal | Buluh | Tiada | Bahan pengawet yang bersifat kekal dalam sel buluh selepas proses pengawetan. Contoh bahan pengawet jenis kekal ialah kuprum arsenat berkromat (CCA). |
chelating resin | resin pengkelatan | Kimia | Kimia Analisis | Resin penukar ion yang mempunyai sifat pemilihan yang tinggi untuk kation tertenu. Contoh seperti resin fenol fomaldehid dengan 8-kuinolinol sangat memilih kepada ion-ion kuprum, nikel, kobalt dan ferum. |
water-based preservatives | bahan pengawet berasaskan air | Buluh | Tiada | Bahan pelarut berasaskan air yang mengandungi komponen racun kulat dan racun serangga yang digunakan untuk tujuan pengawetan. Contoh bahan pengawet berasaskan air ialah kuprum arsenat berkromat (CCA), boraks, dan asid borik. |