connotation | pengertian | Kesusasteraan | Puisi | Makna sesuatu perkataan dalam sesebuah puisi tidak harfiah. Konotasi ini berkaitan dengan hal-hal peribadi seseorang sama ada yang riang, gembira, manis, mahupun pahit. Contohnya, perkataan bunga yang membawa makna gadis atau kupu-kupu malam yang membawa konotasi perempuan yang rendah akhlak. Sinonim konotasi. |
moth flower | bunga kupu-kupu | Biologi | Ekologi | Bunga yang didebungakan oleh kupu-kupu, misalnya bunga seri pagi, Ipomea alba. Di antara ciri bunga kupu-kupu termasuklah warna yang putih atau hijau muda, berbau wangi, dan antesis pula berlaku pada waktu malam. |
chanson | sajak senandung | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang sesuai untuk dinyanyikan atau disenandungkan bagi tujuan tertentu seperti untuk menghiburkan hati sendiri atau untuk mendodoikan anak. Pok amai-amai, Belalang kupu-kupu; Tepuk biar pandai, Malam upah susu. Buai tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Pandai baca kitab. |
dress suit | sut rasmi malam | Kesenian | Tiada | Sut rasmi yang dipakai oleh kaum lelaki Eropah pada waktu malam yang terdiri daripada kot bajang, berlapel satin, seluar padanan berjalur satin di sisinya yang dipadankan dengan kemeja rasmi, rompi dan tali leher kupu-kupu berwarna putih. |