fluorophore | fluorofor | Fizik | Nanoteknologi | Komponen suatu molekul yang menyebabkan molekul berpendarcahaya. Komponen ini merupakan kelompok fungsian dalam molekul yang menyerap tenaga pada frekuensi tertentu dan menyinar semula pada frekuensi yang berbeza. Jumlah tenaga dan frekuensi yang dipancarkan bergantung pada flurofor dan persekitaran kimianya. Bahan pendarcahaya digunakan sebagai penderia untuk mengesan protein, seperti dalam imunopendarfluor dan imunohistokimia. Generasi baharu fluorofor, seperti Alexa Fluors dan Dylight Fluors lebih stabil, lebih terang dan kurang sensitif terhadap pH. |
prose | prosa | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang ditulis dalam bahasa yang biasa dan bersifat pernyataan yang jelas seperti pertuturan seharian. Prosa tidak mempunyai sebarang corak atau bentuk yang tetap dan terkawal seperti yang terdapat dalam sajak, pantun, dan gurindam. Prosa digunakan dalam penulisan esei, cerpen, novel, dan hikayat. Perbezaan antara puisi dengan prosa adalah kurang jelas. Perbezaan yang paling ketara mungkin dapat dilihat dalam bentuknya pada sesuatu muka surat. Puisi dibentangkan dalam bentuk baris-baris yang berbeza panjangnya, diatur dalam bentuk stanza yang distrukturkan, tetapi prosa dibentangkan dalam bentuk yang mengalir dengan bebas, sesekali diganggu oleh pembahagian perenggan. Perkataan prosa atau proversa oratio berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �wacana terus terang�. |