domestic tragedy | tragedi keluarga | Kesusasteraan | Tiada | Drama tragedi yang memaparkan masalah kehidupan peribadi atau rumah tangga dalam masyarakat kelas pertengahan (borjuis). Sehingga akhir kurun ke-17, kebanyakan tragedi menampilkan kemusnahan protagonis dalam kalangan bangsawan yang menggugat kedudukan negara. Pada kurun ke-18, penulis mula mempopularkan tragedi keluarga. Tragedi ini mengisahkan masalah biasa yang dialami setiap hari oleh protagonis daripada masyarakat borjuis dan semasa. Tragedi keluarga boleh diaplikasikan secara berhati-hati daripada karya Ibsen, Strindberg, Eugene O�Neill, Tennessee Williams, dan Arthur Miller. |
renaissance | nahdah | Kesusasteraan | Tiada | Zaman yang muncul selepas zaman pertengahan dalam sejarah Eropah apabila minat terhadap seni dan sastera klasik Yunani dan Latin dibangkitkan semula. Zaman Nahdah dipercayai bermula di Itali pada penghujung kurun ke-14 dan berterusan sehingga kurun ke-16. Pada zaman ini, seni catan, seni bina, arca dan kesusasteraan mencapai tahap kegemilangannya. Zaman ini juga merupakan zaman kecemerlangan kegiatan intelektual, kreativiti serta kemajuan pengetahuan. Antara penulis terkenal pada zaman ini ialah Dante, Petrarch, Machiavelli, Lope de Vega dan Shakespeare. Renaissance dikenali juga sebagai �Zaman Pencerahan�. |
bachelors chest | meja bujang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja Inggeris pada kurun ke-18 yang mempunyai daun pintu di bahagian bawah, dan apabila dibuka akan menjadi permukaan atas meja. Selain pintu, meja bujang juga mempunyai laci untuk menyimpan barang. Bahagian atas meja pula sering kali dijadikan sebagai tempat meletakkan buku atau lampu tidur jika diletakkan bersebelahan dengan katil. Biasanya, meja bujang berwarna gelap dan bentuknya direka dengan berimejkan maskulin, walaupun tidak ada peraturan yang mengatakan bahawa meja bujang tidak boleh digunakan oleh orang perempuan. |
well made play | drama sempurna | Kesusasteraan | Tiada | Genre drama pada kurun ke-19 yang bercirikan plot rapi, dan pertukaran plot yang disebabkan oleh sesuatu rahsia, atau dengan kemunculan surat, dokumen atau watak secara mengejut. |
little theatre | teater kecil | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang muncul pada awal kurun ke-20 di Amerika. Kemunculannya bertujuan untuk membebaskan bentuk drama dan kaedah produksi drama daripada kekangan tuntutan teater komersial. Pergerakan Little Theatre mengasaskan banyak pertubuhan atau pusat drama kecil yang bersifat eksperimental. Antara kumpulan Little Theatre ialah Chicago Little Theatre, The Toy Theatre of Boston, The Neighbourhood Playhouse di New York. Selepas perang, hampir kesemua kumpulan Little Theatre menukar status mereka, sama ada menjadi kumpulan separa profesional atau profesional atau diserapkan ke dalam komuniti teater. Pergerakan teater ini memainkan peranan penting dalam menyumbangkan idea dan amalan berteater di Amerika. Antara dramatis yang memulakan kerjayanya di Little Theatre ialah Eugene O�Neill. |
Ionic order | susunan Ionik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Susunan yang diperkenalkan pada pertengahan kurun ke-6 sebelum Masihi di Lonia, Greek. Batang tiang susunan Ionik adalah lebih runcing daripada tiang Dorik dan mempunyai tapak sebagai pemisah kepada batang dan permukaan lantai. Unsur tiang Ionik yang paling jelas ialah penggunaan bentuk skrol di kepala tiang Ionik. |
poetic diction | diksi puitis | Kesusasteraan | Tiada | Pemilihan dan penggunaan bahasa dalam puisi. Pada kurun ke-18, istilah diksi puitis ini ditampilkan untuk membezakan bahasa puisi dengan bentuk bahasa yang lain. Pada masa itu, bahasa puisi dianggap sebagai bahasa khusus yang mengandungi beberapa ciri arkaik dan bersifat berbunga-bunga. Kini, masih wujud perdebatan tentang kedudukan diksi puitis ini, sama ada diksi ini berkaitan dengan bahasa yang khusus atau bahasa seharian. |
Commedia dell�arte | commedia dell�arte | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama komik yang terdapat di Itali pada pertengahan kurun ke-16. Dua aspek penting commedia dell arte ialah improvisasi dan watak stok. Para pelakon mengimprovisasikan cerita berdasarkan senario cerita. Gaya persembahan- nya hampir sama dengan bangsawan yang menggunakan improvisasi dan watak stok. Watak stok boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, watak lurus yang diwakili oleh remaja atau orang muda yang sedang bercinta, dan watak tampak cerdik, kacak dan berpelajaran. Orang muda atau hero dikenali sebagai innamorato atau amoroso, manakala heroin dipanggil innamorata. Kedua, watak luar biasa yang beraksi dan berkelakuan secara berlebih-lebihan. Contohnya, capitano, pantalone, dottore dan harlequin. |
mimesis | mimesis | Kesusasteraan | Tiada | Prinsip dasar dalam pengkaryaan sastea yang berteraskan peniruan. Menurut Aristotle dan Poetics pada kurun keempat sebelum Masihi, sastera merupakan peniruan kehidupan seperti seadanya. Istilah mimesis ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �peniruan�. Lihat juga kritikan mimetik. |
psychomachia | psychomachia | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang menunjukkan konflik personifikasi antara kejahatan dengan kebaikan. Contohnya, dalam sajak panjang Yunani pada kurun keempat berjudul Psychomachia hasil karya Prudentius. Istilah ini digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penggambaran alegori perjuangan antara yang baik dengan jahat. Psychomachia juga digunakan untuk membicarakan wacana naratif fantasi. |