Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ru.ngan] | کوروڠن

Definisi : 1. kandang (kambing dll), sangkar (ayam dll); 2. bilik tempat menahan orang salah, penjara; 3. pagar yg melingkungi; 4. tanda kurung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ru.ngan] | کوروڠن

Definisi : sj kandang atau sangkar: Raden ini sedang membuat kurungan utk binatang-binatang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ru.ngan] | کوروڠن

Definisi : penjara, bilik (tempat) orang salah ditahan: dia lebih lagi berdukacita sekarang, duduk di dlm kurungan di penjara itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ru.ngan] | کوروڠن

Definisi : bilik tempat orang salah ditahan; penjara: Dia telah ditahan selama seminggu di dlm ~. 3 = kurungan sangkar atau kandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurung
Kata Terbitan : kurungan, berkurung, mengurung, terkurung, pengurungan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
partial confinementkurungan separaFizikNanoteknologiSuatu bentuk kurungan pada struktur kuantum, yang membenarkan elektron bebas bergerak pada arah tertentu disebabkan dimensi elektron dari arah yang lain adalah amat kecil, iaitu kurang daripada 10 nm. Contohnya, nanowayar dan nanotiub membenarkan elektron bergerak dalam satu dimensi, nanofilem membenarkan elektron bergerak dalam dua dimensi, manakala bintik kuantum mengalami kurungan penuh.
batting cagekurungan pukulSukanTiadaKawasan khas yang bertutup dengan jaring untuk pemain besbol atau sofbol berlatih kemahiran memukul.
gothic romancenovel gotikKesusasteraanTiadaNovel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik.

Kembali ke atas