emaciated | kurus kedengking | Sains Kesihatan | Tiada | Terlalu kurus. |
skinny fat | kurus berlemak | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Keadaan tubuh badan seseorang yang mempunyai berat badan dan indeks jisim tubuh (BMI) normal dengan ketinggiannya, tetapi mempunyai lebih banyak lemak dalam tubuh serta tidak mempunyai jisim otot mencukupi yang disyorkan untuk tahap kesihatan yang optimum. |
anorexia nervosa | anoreksia nervosa | Kejururawatan | Tiada | Keadaan psikofisiologi yang mengakibatkan pesakit tidak berselera makan atau tidak mahu makan sehingga menjadi kurus kering dan akhirnya boleh membawa maut. |
Micranthemum sp. | Micranthemum sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tumbuh secara merayap. Micranthemum sp. mempunyai batang yang kurus dengan 3 – 4 helai daun berbentuk lanseolat sepanjang 1.0 cm. Daunnya tersusun secara berputar dan tumbuh setinggi 0.5 cm. Micranthemum sp. juga boleh tumbuh sehingga 15 cm di dalam air. Antara jenis Micranthemum sp. ialah Micranthemum micranthemoides dan Micranthemum umbrosum. |
epithet | julukan | Kesusasteraan | Puisi | Kata atau frasa yang ditambah pada nama seseorang, ataupun sesuatu yang lain untuk menunjukkan sifat khasnya; kadang� kadang kata atau frasa tersebut berfungsi menggantikan nama yang berkaitan dalam puisi. Contohnya, "Si Kurus Lapar' yang ditemui dalam puisi "Balada Langit Tua Manusia Sengketa" karya Usman Awang. Sinonim epitet. |
endoparasitic infestation | serangan endoparasit | Perikanan | Akuakultur | Jangkitan penyakit ikan yang berpunca daripada serangan parasit hidup, seperti cacing gelang, cacing pipih, cacing berduri dan cacing pita pada otot dan organ dalaman ikan. Ikan yang dijangkiti menunjukkan tanda seperti benjolan berwarna hitam, kuning atau putih pada otot, atau perut yang kurus/buncit. |
image | citra | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi. |