Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.tip] | کوتيڤ

Definisi : ; mengutip 1. memungut benda kecil­kecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji): ~ buah yg telah gugur; setiap pagi mereka ~ sampah sarap di keliling kawasan sekolah; 2. memetik (berita dll), mengambil (men­cabut) perkataan-perkataan atau ayat-ayat (drpd sesuatu karangan, ucapan, dll): Clarita telah ~ beberapa potongan pidato Mussolini dlm akhbar-akhbar dan majalah-majalah; 3. mengumpulkan sesuatu dgn mengambil drpd berbagai-bagai sumber: ~ maklumat yg lengkap; ~ derma; kutipan 1. pungutan (derma dll): wang ~; 2. petikan (karangan, cerita, dll): ~ beberapa fasal drpd undang-undang hukum pidana; pengutipan perihal (perbuatan dsb) mengu­tip; pengutip orang yg mengutip, pemungut: ~ derma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.tip] | کوتيڤ

Definisi : ; mengutip 1 memungut benda kecil-kecil atau buah-buahan satu demi satu: Mari kita pergi ~ buah berangan. 2 mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi karangan (berita dll); memetik: Dia ~ beberapa potongan berita dr surat khabar. 3 mengumpulkan sesuatu (spt derma, cukai) drpd berbagai-bagai sumber: Orang ramai dilarang ~ derma tanpa kebenaran polis. kutipan sesuatu yg dikutip; pungutan (derma dll); petikan (drpd berita, karangan dll). pengutipan perbuatan atau hal mengutip: Hasil ~ derma itu telah disampaikan kpd mangsa-mangsa kebakaran. pengutip orang yg mengutip; pemungut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kutip
Kata Terbitan : mengutip, kutipan,

Puisi
 

Kutip udang ulam pegaga,
     Hendak letak tiada berbara;
Anak orang orang juga,
     Hendak minta tiada belanja.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
harvestkutip hasil; tuai; tangkapanPerikananTiadaTiada
harvestkutip hasil; tuaiPertanianTiadaTiada
found objectbahan kutipKesenianTiadaBenda yang dikutip, dipilih dan disesuaikan untuk dipamerkan dalam bentuk karya seni.
collection proceduretatacara kutipPentadbiranTiadaTatacara yang menggariskan cara-cara mengutip akaun belum terima.
ploggingploging/larian kutipSukanTiadaAktiviti berlari/joging sambil mengutip sampah. Istilah plogging berasal daripada gabungan perkataan bahasa Sweden plocka up dengan perkataan jogging dalam bahasa Inggeris.
cash on collection (COC)tunai semasa kutipPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah pembayaran secara tunai semasa memungut atau mengambil bungkusan di tempat khas.

Kembali ke atas