Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. adu atau sabung (binatang spt lembu, ayam, dll), perkelahian: biar lambat ~ asal menang; ayam ~; kerbau ~; 2. langgar, hantuk; berlaga 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran; berlagaan, berlaga-lagaan saling berlaga: mata pedang bergemerencing ~ sesama sendiri; melaga 1. menyabung (lembu, ayam, dll), mengadu; 2. menghantuk, melanggar; melagakan 1. membuat supaya berlanggar (kereta, pinggan mangkuk, dll), melanggar­kan, menghantukkan: dia sengaja ~ kereta­nya pd tembok itu; 2. membuat supaya dua orang sahabat dsb berkelahi (dgn cara meng­hasut, membuat fitnah, dsb), mengadu­dombakan: dia suka ~ kawan-kawannya sendiri; melaga-lagakan 1. melagakan (melanggar­kan dsb) berulang kali, melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan: seketika ia ~ kepala­nya ke dinding spt orang gila; 2. mengadu domba: mereka akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup; memperlagakan membuat supaya berlaga atau berkelahi (lembu, ayam, dll), menya­bungkan, mengadukan; perlagaan perihal berlaga (binatang, kereta, dll), pergaduhan, perkelahian: negeri Kelantan termasyhur dgn temasya ~ lembu dan kerbau; pelaga 1. binatang dll yg berlaga atau di­lagakan; ayam (ikan) ~ ayam (ikan) utk ber­laga; 2. suka berlaga (berbantah, berkelahi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
laga
Kata Terbitan : berlaga, melagakan, melaga-lagakan, memperlagakan, perlagaan,

Puisi
 

Banyaklah cabi menghisap daun,
     Kapas dihisap terlaga-laga;
Meminta mandi dalam pangkuan,
     Meminta mandi si air mata.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lambat laga asalkan menang.

Bermaksud :

Biar lambat asalkan maksud tercapai.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fist bumplaga penumbukUmumTiadaPerbuatan dua individu yang melagakan penumbuk atau buku lima sesama mereka apabila bertemu sebagai ganti kepada amalan bersalaman. Laga penumbuk juga boleh menjadi simbol penghormatan atau persetujuan, serta persahabatan antara dua individu.
dogfightinglaga anjingSukanTiadaSejenis sukan berdarah antara dua ekor anjing yang dilagakan dalam pergaduhan fizikal hingga mati untuk tujuan perjudian atau hiburan kepada penonton.
elbow bumplaga sikuUmumTiadaPerbuatan dua orang individu yang menyentuh siku sesama mereka apabila bertemu sebagai ganti kepada amalan bersalaman.
dogfighting ringgelanggang laga anjingSukanTiadaTempat atau kawasan anjing yang dilagakan dalam pergaduhan fizikal hingga mati untuk tujuan perjudian atau hiburan kepada penonton.
New Car Assessment Programme (NCAP)Program Penilaian Kereta Baharu (PPKB)Kejuruteraan AutomotifTiadaProgram yang diadakan untuk membezakan sebuah kenderaan dengan kenderaan yang lain dari segi prestasi keselamatan, terutamanya pada dua aspek, iaitu pelindungan laga dan keselamatan aktif. Setiap kenderaan yang berjaya mencapai mata pemarkahan yang ditentukan oleh program PPKB, pengeluar kenderaan akan diberikan penghargaan dengan penilaian penarafan bintang PPKB antara peringkat 0-Bintang hingga 5-Bintang.

Kembali ke atas