chirographic culture | budaya kirografik | Kesusasteraan | Tiada | Budaya masyarakat yang berasaskan tulisan tangan atau budaya manuskrip. Budaya ini melambangkan tamadun baharu dalam budaya hidup manusia yang tidak lagi bergantung pada budaya lisan sepenuhnya. Sistem perhubungan, penyebaran maklumat, dan ilmu pengetahuan tidak lagi terhad kepada kaedah lisan tetapi ditulis tangan dalam bentuk bahan bacaan. Budaya kirografik melahirkan masyarakat yang celik huruf, yakni boleh membaca dan menulis. Budaya kirografik wujud dan berkembang di Tanah Melayu selepas kedatangan agama Islam. Islam telah memperkenalkan sistem tulisan Arab kepada orang Melayu yang akhirnya menjadi asas pembentukan sistem tulisan Jawi. Kesannya dapat dilihat dengan kelahiran ramai pengarang karya sastera dan kitab Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat istana di seluruh Tanah Melayu. Kitab agama tidak lagi disampaikan secara lisan tetapi ditulis dalam bentuk buku. Demikian juga sastera rakyat, tidak hanya dituturkan secara lisan, tetapi ditulis dan dibaca dalam bentuk buku manuskrip Jawi. Pengenalan alat cetak oleh Barat akhirnya menyebabkan budaya kirografik semakin menurun dan digantikan dengan budaya tipografi. Dalam budaya tipografi, percetakan dan penghasilan bahan bacaan meningkat dan lebih cepat. |
invective | serapah | Kesusasteraan | Puisi | Kata-kata kasar atau kesat yang penggunaannya sangat berkaitan dengan tujuan sesuatu amanat atau pemikiran yang hendak disampaikan oleh penyairnya. Contohnya, serapah ini jelas pada puisi "serapah Mcngalin" di bawah. Sinonim seranah. Assalamualaikum, bisa dibayang Bisa jangan bersenang lagi, Bisa jangan bernaung lagi, Bisa jangan olang-olitan, Bisa dipuput bayu lalu , Bisa dipuput mambang kuning, Mati disambar kilat tanglung, Mati disambar kilat senja, Mati dipanah halilintar, Mati ditimpa hujan lebat. Mati ditunda undang-undang, Mati diampun air bah, Mati dialun tepung pelunas. Kabul bcrkat la-il aha-il -lallah. |
erotic poetry | puisi erotik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang tema serta sifatnya mengandungi unsur-unsur keberahian. Contohnya, ke Teluk sudah ke Siam sudah, ke Makkah juga yang belum lagi. kupeluk sudah kucium sudah, nikah saja yang belum lagi. |
zombie bank | bank zombi | Perbankan | Tiada | Institusi kewangan yang tidak lagi mampu beroperasi dengan normal dan berkesan, tetapi masih bertahan kerana bantuan kerajaan atau sokongan kewangan dari sumber lain. |
rerun | ulang pertandingan | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan yang diulang sekali lagi, apabila berlaku sesuatu kesalahan oleh salah seorang pelumba yang terlibat. |
digital native | jati digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang sejak kecil lagi hidup dalam persekitaran teknologi digital ataupun seseorang yang "bahasa ibundanya" ialah bahasa digital bagi komputer, Internet dan peranti bergerak. Mereka selalu pantas dan tidak kekok untuk mendapat, mengolah dan menyebar maklumat digital. Mereka memerlukan persekitaran pembelajaran kaya-media untuk mengekalkan tumpuan. Banding imigran digital. |
dead metaphor | metafora usang | Kesusasteraan | Puisi | Segala metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penciptaan penyairnya. Contohnya, metafora 'Merpati Putih' dan 'Bendera Putih'. |
antimetropia | antimetropia | Sains Kesihatan | Tiada | Ralat biasan satu mata berkeadaan hiperopia dan satu lagi miopia. |
neutralized state | negara berkecuali | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang berubah pendiriannya kepada tidak lagi memihak kepada mana-mana pihak yang sedang bersaing. Sebelum ini, negara tersebut merupakan sebuah negara yang jelas memihak tetapi telah mengalami proses peneutralan yang mengubah dasarnya kepada tidak memihak atau berkecuali. Contohnya, Jordan dalam kes Perang Teluk tahun 2003, telah berubah menjadi berkecuali apabila negaranya dian cam oleh Amerika Syarikat jika memihak kepada Iraq. |
duction | duksi | Sains Kesihatan | Tiada | Putaran satu mata yang bebas daripada aktiviti mata yang satu lagi. |