rerun | ulang pertandingan | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan yang diulang sekali lagi, apabila berlaku sesuatu kesalahan oleh salah seorang pelumba yang terlibat. |
intermittent gas lift | angkat gas terputus-putus | Kejuruteraan | Tiada | Sinonim: angkat gas aliran terputus-putus. Salah satu kaedah angkat gas. Dalam Kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan ke dalam tetiub dalam jangka masa tertentu dan kemudian dihentikan. Setelah beberapa lama, dilakukan suntikan sekali lagi. Begitulah proses penyuntikan diulangi sesuai dengan perulangan yang dikehendaki yang bergantung kepada kedalaman lubang telaga atau titik suntikan dan isi padu bendalir yang ingin diangkat dari dasar lubang telaga ke permukaan. |
single system of voting | sistem pengundian tunggal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pengundian yang dijalankan dengan cara menandakan Ya atau Tidak kepada calon yang bertanding dalam pilihan raya. Calon yang mendapat undi tertinggi akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya perbezaan majoriti antara calon adalah kecil, maka pilihan raya akan diadakan sekali lagi. Pada pemilihan kedua ini, hanya dua calon yang mendapat undi tertinggi dibolehkan bertanding semula seperti yang diamalkan di Perancis. |
redistribution of power | pengagihan semula kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang diagihkan semula kepada badan atau wilayah tertentu ekoran daripada rombakan pentadbiran, pindaan perlembagaan secara menyeluruh atau kemasukan wilayah baru dalam sesuatu negara. Dalam konteks yang normal. Perlembagaan persekutuan telah menyenaraikan agihan kuasa ini, namun apabila berlaku perubahan struktur sesebuah negara, agihan ini boleh dilakukan sekali lagi bagi menyesuaikan kedudukan negara itu dengan keadaan semasa. Contohnya, pembahagian kuasa Persekutuan Tanah Melayu telah diagih semula dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaysia pada tahun 1963. |
superbug | superpepijat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus atau kod hasad yang tidak boleh dikesan atau dibuang oleh perisian antivirus. Walaupun superpepijat velum pernah wujud, namun superpepijat dijangka akan mempunyai ciri polimorfisme tandatangan yang kompleks untuk mengaburi imbasan dari perisian antivirus dan juga kaedah merebak dan arahan pemusnah yang berbeza atau sentiasa berubah. Ciri ini boleh menyebabkan vaksin yang dikeluarkan untuk superpepijat hanya berguna untuk jangka masa yang singkat sahaja, iaitu sehingga superpepijat tersebut berubah bentuknya sekali lagi. |
Diet | Diet | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan perundangan yang menggubal undang-undang, dasar dan belanjawan negara Jepun. Badan ini terdiri daripada dua komponen utama iaitu Dewan Penasihat (Sangi-in) yang diklasifikasikan sebagai Dewan Atas dan Dewan Perwakilan (Shugi-in) dikenali juga sebagai Dewan Bawah. Dewan Penasihal terdiri daripada 252 ahli, 152 ahli dipilih dari 11 kawasan pengundian, sementara 100 ahli lagi dipilih melalui senarai tunggal kebangsaan. Keahlian Dewan Penasihat terbuka kepada warganegara Jepun yang berumur 30 tahun ke atas dan setiap ahlinya berkhidmat untuk tempoh enam tahun bagi satu penggal. Dewan Perwakilan pula terdiri daripada 480 ahli yang dipilih untuk tempoh empat tahun sekali, 180 ahli dipilih secara kaedah pemilihan berkadar dari 11 kawasan yang bersifat pelbagai keahlian, sementara 300 ahli dipilih melalui kaedah perwakilan tunggal dari satu kawasan. Keahlian Dewan Perwakilan terbuka kepada warganegara Jepun yang berumur 25 tahun ke atas. Secara hierarki, Dewan Perwakilan lebih berkuasa daripada Dewan Penasihat. Dalam badan perundangan ini, perdana menteri berkuasa membubarkan dewan-dewan ini pada bila-bila masa sahaja. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |