lagoon | lagun | Sains Marin | Tiada | Jasad air cetek yang dipisahkan daripada jasad air yang lebih besar oleh kepulauan terumbu atau karang yang dikenal pasti sebagai garisan pantai yang mempunyai campuran pasir dan batu kelikir. Lagun juga boleh dibina secara buatan dan digunakan sebagai tempat rawatan air kumbahan. |
atoll | atol | Sains Marin | Tiada | Terumbu karang berbentuk cincin yang terletak di laut, biasanya melingkungi sebuah lagun yang dihubungkan dengan laut bebas oleh selat sempit di antara kedua-dua hujungnya. |
inlet | salur masuk | Sains Marin | Tiada | Alur sempit yang menghubungkan laut dengan kawasan air masin yang tertutup seperti teluk dan lagun. Salur masuk merupakan sambungan nyata antara teluk dengan lautan yang disebut sebagai "tempat masuk". Contohnya, salur masuk yang terbentuk daripada proses glasier dan fiord yang dapat ditemui di kawasan garis pantai yang berbukit bukau. |
reef patch | tompokan terumbu | Sains Marin | Tiada | Kawasan pertumbuhan karang yang terbentuk secara bebas di pelantar yang kedalamannya kurang daripada 70 m, biasanya di lagun terumbu sawar atau atol. |
barrier reef | terumbu sawar | Sains Marin | Tiada | Terumbu karang yang sempit dan panjang secara kasarnya selari dengan pesisir dan dipisahkan dari pesisir tersebut oleh lagun yang agak dalam dan lebar. |