Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 tidak sama (ttg rupa, hal, keadaan dll); asing: ~ yg ditanyakan, ~ yg dijawab. 2 tidak termasuk dlm hitungan (kumpulan dll): Semua orang terpaksa bersenam, ~lah jika ia sakit. berlain berbeza (pendapat, kelakuan dll); berselisih: ~ benar tingkah laku ayah hari ini. berlainan berbagai-bagai (gaya, corak rupa dll): Mereka itu bersaudara tetapi ~ ibu. Apabila disoal, mereka telah memberikan jawapan yg ~. melainkan 1 hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2 tetapi; sebaliknya: Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3 memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan: Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. memperlainkan memperlakukan berlainan; membezakan: Dia tidak pernah ~ anak tirinya drpd anak kandungnya. kelainan 1 keadaan lain; perbezaan. 2 sesuatu yg tidak menurut kebiasaan. selain, = lain drpd 1 di samping: ~ berlatih kawad, mereka belajar undang-undang juga. 2 kecuali; hanya: Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa, ~ menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Puisi
 

Lain hulu lain pemarang,
     Buah bidara di atas bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain yang bengkak,
     lain yang bernanah;
lain yang untut,
     lain yang mengisut.

Bermaksud :

Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
materialbahanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSebatian atau unsur yang bersifat logam, bukan logam atau komposit yang digunakan dalam struktur binaan atau komponen kejuruteraan. Logam boleh diklasifikasikan kepada ferus (keluli, besi dan lain-lain) dan bukan ferus (aluminium, tembaga, loyang, emas dan lain-lain). Bahan bukan logam termasuklah kaca, kayu, getah dan lain- lain. Komposit pula boleh termasuk konkrit, seramik, gentian karbon dan lain-lain.
cupcawan; lengkung; mangkuk; piala (P.JAS)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Cawan: Bekas minuman berbentuk mangkuk yang terbuka, biasanya mempunyai pemegang, tapak dan dasar.,2. Mangkuk: Bekas yang dalam daripada tembikar dan lain-lain mengisi lauk-pauk, nasi dan lain-lain.
webisodewebisodTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaRancangan televisyen, video dan lain-lain yang ditayangkan secara berepisod, yang hanya dapat ditonton secara dalam talian.
gross premiumpremium kasarinsuransTiadaPremium bersih campur perbelanjaan operasi, komisen dan lain-lain perbelanjaan.
cri de coeurrintihan jiwaKesusasteraanPuisiGambaran perasaan sedih, kecewa, kesal dan lain-lain yang menimpa diri seseorang. Contoh puisi yang mengandungi perasaan rintihan jiwa dapat dilihat pada puisi "Gadis di Kuburan" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang.
processproses; cuaran (anatomi)BiologiTiada1. Satu siri tindakan, perubahan, perkembangan dan lain-lain yang berlaku secara tidak disedari misalnya penghadaman pembezaan.
alexitericaleksiterikHerbaFitoterapiBahan yang mempunyai sifat pelindung terhadap penyakit jangkitan bakteria dan lain-lain.
jesterbadutKesusasteraanTiadaWatak pelawak dalam sesuatu persembahan seperti drama, sarkas, wayang, teater dan lain-lain. Dalam drama Melayu tradisional, watak pelawak ditampilkan dengan sifat yang hodoh dan berperanan sebagai penghibur, penasihat, dan pelayan raja. Contohnya, watak Semar dalam Wayang Kulit Jawa, dan watak Wak Dogol dan Wak Long dalam Wayang Kulit Melayu. Dalam tradisi Barat, watak pelawak dikenali sebagai court jester, contohnya dalam drama Shakespeare.
starter packpek pemulaUmumTiadaSet kelengkapan seperti pelitup muka, pensanitasi tangan, sejadah dan lain-lain untuk menjalankan aktiviti tertentu dalam norma baharu.
spectrumspektrumKimiaKimia AnalisisPaparan atau set panjang gelombang, frekuensi, jisim, tenaga, warna, dan lain-lain pada suatu julat tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas