opal | opal | Biologi | Genetik | Nama bagi kodon penamat UGA. Nama lainnya ialah umber. |
jet propulsion | perejanan jet | Geologi | Tiada | Pendorongan suatu jet atau pesawat lainnya dengan menggunakan enjin jet. |
fault embayment | penelukan sesar | Geologi | Tiada | Palung sesar atau rantau berlekuk lainnya di dalam zon sesar atau di antara dua sesar, mungkin terisi atau tidak terisi dengan bahan telerang. |
telson | telson | Geologi | Tiada | Segmen postabdomen pada udang, amfipod, invertebrat tertentu lainnya. |
exhumed topography | topografi terbongkar | Geologi | Tiada | Monadnock, gunung, atau bentuk topografi lainnya yang tertimbus di bawah batuan yang lebih muda dan terdedah semula melalui hakisan. |
amang | amang | Geologi | Tiada | Besi berat, tungsten, dan mineral-mineral sekutuan lainnya yang terdapat bersama mendapan kasiterit. |
avalanche | runtuhan | Fizik | Moden | Proses kumulatif yang elektron atau zarah bercas lainnya yang terpecut oleh medan elektrik yang kuat berlanggar dengan molekul gas dan seterusnya mengionkan molekul gas berkenaan, dan dengan itu membebaskan elektron-elektron baharu yang menyebabkan lebih banyak pelanggaran dan pengionan berlaku. |
flaw | cacat | Geologi | Tiada | 2. Sebarang ketaksempurnaan pada intan atau batu permata lainnya, yang termasuk rekahan, kepungan, penghabluran yang ternyata tidak sempurna kembaran dalaman, dan ira.,3. Istilah lama untuk sesar gelinciran-jurus.,4. Zon pemisahan yang sempit di antara ais sarah dan ais kukuh, terbentuk apabila ais sarah, di sempadan ini mengalami pericihan disebabkan oleh angin atau arus yang kuat dan dicirikan oleh kepingan ais dalam keadaan camuk. |
flushing | pancut; penggumbahan | Geologi | Tiada | Penggumbahan: Penyingkiran mendapan serpihan batuan atau puing lainnya yang tersangkut dengan menggunakan aliran air berhalaju tinggi; digunakan untuk membersihkan salur air dan lubang gerek gerudi. |
aluminosilicate | aluminosilikat | Geologi | Tiada | Sebatian aluminium silikat dengan oksida logam atau radikal lainnya, digunakan sebagai mangkin dalam penulenan petroleum dan untuk melembutkan air. |