Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ju] | لاجو

Definisi : 1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit; bersilaju, berlaju-lajuan berdahulu-dahu­luan (perahu, kapal, dll), berlumba-lumba; melaju bergerak atau meluncur dgn laju: kapal angkasa itu terus ~ ke Musytari; melajukan 1. menjadikan laju (basikal, motokar, dll), mencepatkan: pemandu kereta itu ~ kereta sedikit demi sedikit; 2. ki men­cepatkan atau melancarkan sesuatu perun­dingan dll; memperlaju menjadikan lebih laju; kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll, ke­cepatan; pelajuan 1. perihal mencepatkan gerakan (benda, waktu, dll); 2. kadar bertambahnya kelajuan sesuatu dlm tempoh atau masa tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : Ph berselera (utk makan), lalu: aku tak ~ makan hari ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : 1 cepat atau pantas (bkn pergerakan kenderaan, perjalanan dll): Tak usahlah memandu kereta terlalu ~. 2 kadar laju; kecepatan dlm sesuatu pergerakan: Had ~ di jalan raya itu ialah 60 kilometer sejam. melaju menjadi laju (bkn pergerakan kenderaan dsb): Sampan kami ~ di atas air sungai yg deras itu. melajukan menjadikan laju (bkn pergerakan kenderaan dsb); mencepatkan: Rosnah ~ keretanya ketika lalu di tempat yg sunyi itu. memperlaju menggerakkan supaya lebih laju; mempercepat. kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll; kecepatan; kepantasan. pelajuan perbuatan atau hal melajukan sesuatu gerakan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laju
Rujuk :pantas

Puisi
 

Laju-laju perahu laju,
     Laju mari sampai Kelebang;
Lipat kain lipat baju,
     Saya mahu ikut abang.


Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
idle speedlaju melahuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLaju putaran enjin (800 � 1000 ppm) yang beroperasi tanpa beban, apabila injak pemecut dilepaskan.
variable speed fankipas laju berubahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKipas enjin yang berputar tidak melebihi laju yang telah ditetapkan.
film speedlaju filemTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPengelasan filem yang mengandungi maklumat yang diperlukan untuk sesuatu filem radiografi didedahkan kepada sinaran pengionan bagi mendapatkan ketumpatan filem yang boleh diterima. Terdapat tiga jenis klasifikasi filem, iaitu filem perlahan, filem sederhana dan filem laju.
speedometermeter lajuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang menunjukkan kelajuan kenderaan.
governorpenguasa lajuKejuruteraan AutomotifEnjinLihat pengawal imbang.
indicated speedlaju tertunjukKejuruteraan AutomotifEnjinKelajuan kenderaan seperti yang ditunjukkan oleh meter kelajuan. Kelajuan diukur dalam unit km/jam atau batu/jam. Ukuran ini ditunjukkan oleh penunjuk berjarum atau secara paparan elektronik pada papan pemuka.
flying startmula lajuSukanLumba BasikalPerbuatan memulakan perlumbaan sepantas mungkin.
high speed systemsistem laju tinggiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem di dalam karburetor yang membekalkan bahan api ke dalam enjin pada kelajuan yang tinggi.
low speed systemsistem laju rendahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem yang terdapat di dalam karburetor, yang membekalkan bahan api kepada saluran udara pada kedudukan pendikit yang terbuka sedikit.
powerboating sportssukan bot lajuSukanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas