stylised acting | lakonan berlebih-lebihan | Kesusasteraan | Tiada | Lakonan yang berlebih-lebihan terutamanya dalam teater, makyung dan bangsawan. Lakonan ini biasanya terkeluar dariapda lakonan yang bersifat realistik. Lihat juga bangsawan, makyung. |
play within a play | drama dalam drama | Kesusasteraan | Tiada | Drama berbentuk lakonan dalam lakonan. Contohnya, drama Hamlet karya Shakespeare. Drama Hamlet memperlihatkan bagaimana hamlet menyusun persembahan tentang pembunuhan raja. Tujuannya untuk menyindir bapa tirinya yang membunuh bapa kandungnya. |
metadrama | metadrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang sengaja dipersembahkan untuk menarik perhatian khalayak, mengenai kehadirannya sebagai sebuah karya rekaan. Hal ini dilakukan melalui ujaran secara langsung kepada penonton dalam bentuk prolog, epilog, atau �lakonan dalam lakonan� dalam sesebuah drama. Situasi ini memungkinkan penonton mentafsir lebih lanjut tentang drama itu sebagai suatu bentuk seni. Justeru, metadrama menyedarkan penonton bahawa apa yang disaksikan di atas pentas hanyalah sebuah cereka. Contoh metadrama ditemui dalam karya Luigi Pirandello yang berjudul Six Characters in Search of an Author (1921). Lihat juga metafiksyen. |
dumb show | lakonan bisu | Kesusasteraan | Tiada | Lakonan tanpa ujaran yang mengutamakan bahasa isyarat, mimik muka dan pergerakan badan. Persembahan ini kerap mentafsirkan aksi utama drama secara simbolik atau alegorikal. Contohnya drama berjudul Aduh dan Edan oleh Putu Wijaya yang dilakonkan sepenuhnya tanpa dialog. Persembahan ini mungkin berbentuk drama dalam drama atau dalam bentuk pantomim. Lihat juga novel gotik. |
dramatic convension | konvensi dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah lakonan serta latar yang telah diterima pakai sebagai kelaziman dalam lakonan bagi meniru keadaan dunia nyata. Konvensi dramatik ini tampil dalam pelbagai bentuk. Antaranya pemadatan tempoh waktu yang sebenar, penciptaan topeng dan pelaku sebagai mewakili watak sebenar, dan penzahiran pemikiran seperti yang terdapat dalam monolog dramatik. Konvensi dramatik yang lain ialah penggantungan ketidakpercayaan, iaitu kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam sesebuah karya yang biasanya dianggap mustahil tetapi benar-benar berlaku. |
sandiwara | sandiwara | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merangkumi drama purbawara dan drama sejarah. Sandiwara tidak seperti Bangsawan yang hanya menggunakan senario (rangka lakonan dan cerita) sebagai asas lakonan. Sandiwara menggunakan skrip bertulis dan menggantikan latar belakang bangsawan dengan set dan prop yang realisitik. Sandiwara merupakan asas drama Melayu moden. Antara skrip sandiwara ialah Di Atas Pentas, Si Bongkok Tanjung Puteri, Lawyer Dahlan, Tun Sri Lanang, dan Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrom Husain, manakala skrip sandiwara Hang Tuah Pahlawan Melayu dan Tarik bin Zaid Pahlawan Islam oleh Syed Alwi Sheikh al-Hadi. Skrip lain ialah Seruling Gembala, Selingkar Kisah di Kamar Seni, Anak Nazar Tujuh Keramat, dan Ratapan Ibu Pertiwi oleh Kalam Hamidi. Pementasan sandiwara popular di Malaysia dan Indonesia. Lihat juga bangsawan. |
pantomime | pantomim | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada zaman Romawi purba, pantomim membawa cerita-cerita mitos. Dalam persembahan tersebut, seorang pelakon mengajuk semua peranan watak, sementara korus akan menyanyikan ceritanya. Pada kurun ke-18, pementasan pantomim menjadi hebat dari segi visual dan teknikal. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian, dan jenaka topikal. Lihat juga mimos. |
aside | aisik kuat | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan yang membolehkan pelakon mendedahkan pemikiran dan emosinya tentang watak lain atau sesuatu peristiwa kepada penonton. Pada waktu itu, pelakon lain berada di atas pentas, dan mereka seolah-olah tidak mendengar bisikan kuat itu. Teknik ini digunakan dalam drama Shakespeare, opera Cina, drama Sanskrit, dan bangsawan. Lihat juga senandika. |
sketch | sketsa | Kesusasteraan | Tiada | Karangan atau lakonan pendek yang menggelikan hati. |
interior monologue | monolog dalaman | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan yang melibatkan pengucapan batin seseorang watak yang ditemui dalam karya sastera. Bagi pengarang, monolog dalaman menjadi alat untuk mendedahkan perasaan, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog. Oleh itu, monolog dalaman dianggap suatu proses mental watak yang dikongsi bersama dengan pembaca. Monolog dalaman juga boleh dirujuk sebagai bhagian atau keseluruhan teks yang merakamkan pemikiran, perasaan, persepsi dan memori watak tanpa sebarang perantaraan seolah-olah pembaca dapat menembusi mindanya. Monolog disampaikan dengan menggunakan teknik aliran kesedaran yang menekankan kecelaruan dan pengabaian logik dengan penggunaan ayat yang tidak teratur, serta idea yang tergantung dan tidak mengikut kronologi. Teknik monolog dalaman mendapat tempat dalam penulisan pada awal abad ke-20 apabila penulis mula mementingkan psikologi watak berbanding plot. Penulis masyhur dari Barat yang menggunakan teknik ini termasuklah James Joyce, Virginia Woolf dan William Faulkner. Antara penulis Malaysia yang menggunakan teknik ini ialah Shahnon Ahmad dalam karyanya Igau dan Arena Wati dalam novel Panrita. |