Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.kuer] | لاکوءر

Definisi : sj varnis utk menyaluti dan mengilatkan permukaan kayu atau logam, sampang: ke­banyakan perabot kayu disaluti ~; melakuer menyapukan lakuer pd sesuatu: proses atau kerja ~ perabot kayu itu akan dibuat kemudian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lakuer


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cinnabar lacquerlakuer sinabarKesenianHiasan DalamanSejenis kerja seni yang dihasilkan di China sejak berkurun yang lalu, yang dihasilkan dengan lakuer yang diwarnakan dengan sulfid merah yang mengandungi raksa. Sinabar ialah sejenis mineral yang terdapat di kawasan gunung berapi atau mata air panas.
lacquerlakuerKesenianHiasan DalamanBahan kemasan varnis yang digunakan dalam kerja pengemasan kayu untuk mencegah permukaan daripada pudar dan untuk mencantikkan permukaan tersebut.
spray paintcat semburKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCat yang mengandungi pencair dan lakuer yang sedia untuk disembur.
chinoiseriecinoiseriKesenianHiasan DalamanPerabot, kertas dinding dan kain yang mempunyai corak gaya China, yang digunakan pada abad ke-17 dan ke-18 di Perancis. Ciri utama hiasan ini menggunakan elemen-elemen yang terdapat pada tembikar China, seperti lakuer yang berkilat.
Art DecoArt DecoKesenianHiasan DalamanGaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turut mempengaruhi seni hiasan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, reka bentuk industri, fesyen, lukisan, seni grafik dan filem.

Kembali ke atas