Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.lang] | لالڠ

Definisi : sj tumbuhan (rumput yg tinggi), Imperata cylindrica (Imperata contracta); ~ yg terbakar, si carik menumpang mati prb mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain; di mana ~ habis, di situ api padam prb di mana mati di situ dikuburkan; padi ditanam tumbuh ~ prb perihal nasib yg malang; spt api memakan ~ yg kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb kedatangan bahaya yg tidak dapat dihalang-halang lagi; tanam ~ takkan tumbuh padi prb perkara yg jahat akan dibalas dgn jahat juga; berlalang ditumbuhi lalang: halaman rumah­nya sudah mulai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : ark berjalan ke merata-rata tempat, mengembara; langlang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : ark; lalu-~; ®lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : nama sj rumput yg tinggi dan kasar, Imperata cylindrica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lalang

Puisi
 

Sayang lalang berputih mata,
     Tujuh dian bertimbang besi;
Alangkah alang berpandang mata,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Di mana lalang habis,
     di situ api padam.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lalang (Imperata cylindrica)lalang (Imperata cylindrica)PertanianTiadaTiada
lalang (Imperata cylindrica)lalang (Imperata cylindrica)VeterinarTiadaTiada
selective weedingperumputan selektifPertanianAgronomi

 Pengawalan rumpai yang tertumpu kepada jenis rumpai tertentu. Contohnya, dalam ladang kelapa sawit, racun sistemik digunakan, khususnya untuk mengawal lalang kerana lalang tersebut merendahkan hasil tanaman. Rumpai lain boleh dikawal dengan kaedah pemotongan secara manual.

lalang treemengkudu kecilPertanianTiadaTiada
blady grasslalangVeterinarTiadaTumbuhan dari famili Graminae Imperata cylindrica (L) Beauv. yang banyak didapati di kawasan tropika. Lalang mengandungi 4-7% protein dengan jumlah nutrien tercerna (TDN) sebanyak 40-50% dan silika boleh didapati pada daun yang tua. Walau bagaimanapun, tumbuhan ini tidak begitu digemari oleh ternakan ruminan.
brushfire warperang lalang terbakarSains PolitikTiadaTiada
satin tail (Imperata cylindrica)lalang (Imperate cylindrica)VeterinarTiadaTiada
pedestrianization schemeskim lalu-lalangKejuruteraanTiadaTiada
colonizationpengkolonianBiologiEkologiKemasukan spesies tumbuhan atau haiwan di kawasan tanah gondol. Misalnya, kemasukan lalang, Imperata cylindrica di kawasan bekas lombong, yang merupakan tumbuhan pertama mendiami kawasan tersebut.
weedrumpaiBiologiEkologiTumbuhan yang hidup di tempat yang tidak dikehendaki oleh manusia. Misalnya, lalang, Imperata cylindrica.
123

Kembali ke atas