Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.lat] | لالت

Definisi : sj serangga (yg biasanya hinggap pd benda kotor dan pd makanan); ~ hijau a) sj lalat yg hijau warnanya, Musca vicina; b) ark barua, pinang muda; c) Kl orang yg asyik merungut atau menyanyi; ~ kerbau sj lalat yg suka hinggap di badan kerbau, Oestrus spp.; ~ kuda sj lalat, Tabanus spp.; ~ rumah sj lalat yg biasa terdapat di rumah, Musca domestica; ~ tsetse sj lalat, Glossina spp.; ~ langau mengerumuni bangkai prb orang lelaki yg berhimpun di rumah perempuan jahat; ~ memanglah mencari puru prb lelaki jahat tentulah mencari perempuan jahat; bagai ~ mencari puru prb membuat sesuatu pekerjaan dgn cepat dan tergesa-gesa atau terlalu rakus mengejar keuntungan; belum terbang ~ prb pagi benar; spt ~ buta prb berpusing-pusing tidak tentu arah; tak ada ~ langau prb tidak ada seorang pun; berlalat dihurung lalat: bangkai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lat] | لالت

Definisi : ; bedil ~; ®bedil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lat] | لالت

Definisi : ; mata ~; ®mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lat] | لالت

Definisi : beberapa jenis serangga berkepak yg suka hinggap pd benda-benda kotor dan makanan. ~ hijau a. lalat yg berwarna hijau, Musca vicina. b. ki orang yg buruk perangainya dan gemar melakukan perbuatan yg jahat. ~ rumah nama sj lalat, Musca domestica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lalat

Puisi
 

Ambil parang cuba dikerat,
     Ekornya pendek putus sekerat;
Harimau garang dapat dijerat,
     Mulut ternganga dihurung lalat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Lalat langau mengerumuni bangkai.

Bermaksud :

Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fly mushroomcendawan lalatBiologiMikologiNama am bagi Amania muscaria, iaitu cendawan yang beracun dan sangat toksik kepada lalat. agarik lalat, amanita lalat.
dung flylalat tahiBiologiEntomologiLalat dalam kumpulan Cyclorrhapha. Lalat jantan dalam kumpulan ini mempunyai banyak bulu. Lalat ini biasanya ditemukan di sekeliling najis dan bertelur di dalam najis. Larvanya juga hidup di dalam najis dan kemudiannya mempupa di dalam tanah. Lalat dewasa menghisap nectar dan juga akan membunuh dan menghisap bendalir daripada serangga lain.
fruit-flyLalat buahBiologiEntomologiNama am bagi serangga dalam famili Tephritidae (Diptera) yang mempunyai banya genus, termasuk Anastrepha, Bactrocera, Callantra, Ceratitis, dan Dacus. Serangga ini, termasuk lalat Artocarpus (B. umbrosa), lalat buah oriental (B. dorsalis), lalat buah Mediterranean (C. capitata), lalat buah melon (B. cucurbitae), dan lalat zaitun (B. oleae), menjadi perosak utama tanaman buah-buahan. Di Asia, semua spesies dalamg enus Dacus kini digolongkan dlam genus Bactrocera. Lalat dewasa bertelur di dalam buah dan larvanya mengorek dan hdipu di dalam buah. Larvanya kemudian keluar dan menjadi pupa di dalam tanah. Nama ini dahulunya digunakan juga untuk serangga dalam famili Drosophilidae, khususnya genus Drosophila yang kini dikenal dengan nama amnya lalat cuka.
tsetse flylalat tsetseBiologiEntomologiLalat dalam famili Glossinidae, yang merupakan lalat rumah tetapi lebih besar sedikit daripada lalat rumah biasa dan berwarna perang. Lalat yang terdapat di benua Afrika ini merupakan pembawa Trypanosoma gambiense yang menyebabkan penyakit tidur dan penyakit-penyakit lain.
kelarai kepala lalatkelarai kepala lalatKesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk kepala lalat yang lazimnya dijadikan inti pada motif. Di Sabah kelarai ini berunsur tumbuhan berbentuk bahagian bawah mumbang. kelarai sinusu piasau
merbau lalatmerbau lalatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Sympetalandra borneensis daripada famili Leguminosae yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Gubal kayu merbau lalat berwarna coklat muda, dan berbeza daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai parenkima konfluen yang tebal. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 7205 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras. Kayu ini sukar dikerjakan, lambat mengering dan tidak tahan. Kayu ini sesuai untukkerja binaan sederhana, pembuatan venir, papan lapis, dan papan dinding.
kelp flylalat kelpaBiologiEntomologiNama am bagi lalat dalam famili Coelopidae yang mempunyai sayap dan berbentuk leper. Lalat ini terbang sekejap-sekejap dan dapat meluncur dari permukaan air. Larva lalat ini pula hidup dengan memakan rumpair busuk di pantai.
simpul mata lalatsimpul mata lalatKesenianTiadaIkatan cengkam pada bingkai lazimnya seraung yang dibentuk dengan dua lilitan dan dua simpul mati.
house flylalat rumahBiologiEntomologiLalat dwisayap dalam suborder Cyclorrhapha yang larvanya tidak berkepala atau berkaki dan mempunyai pupa koarktat. Lalat ini mempunyai bahagian mulut dan cara makan yang sangat khusus. Air liur atau cairan gstrik diluahkan terlebih dahulu ke atas makanan untuk melembutkan dan mencernakan sebahagiannya supaya makanan tersebut dapat disedut. Oleh sebab tabiat pemakanan dan pembiakan yang sedemikian rupa, lalat ini menjadi pembawa yang berpotensi bagi pelbagai penyakit.
kelarai ginumulun lalat(Mur.)kelarai ginumulun lalat(Mur.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk lalat yang berkerumun.
12345678910...

Kembali ke atas