Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.li] | لالي

Definisi : 1. tidak berasa apa-apa (pd kulit dll), hilang perasaan: selepas diberi ubat dia pun ~; buku ~ mata kaki; 2. sudah biasa benar dgn sesuatu hal (hingga tidak terasa lagi akan kesusahan, kepayahan, dll): suara jerit pekik itu telah ~ pd telinganya; melalikan menyebabkan tidak sedar, men­jadikan tidak berasa apa-apa (pd kulit dll): telah berbelas-belas tahun ia tinggal di kota yg banyak pemandangan indah-indah yg ~ perasaan dan melenakan fikiran; kelalian keadaan atau rasa lali; pelalian perihal melalikan; pelali (ubat dll) yg boleh melalikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.li] | لالي

Definisi : sj ikan darat, Botia hymenophysa; ~ pelanduk sj ikan darat, Botia modesta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.li] | لالي

Definisi : 1 tidak berasa apa-apa pd kulit; hilang perasaan: Selepas dibius, dia pun ~. 2 biasa benar dgn sesuatu hal sehingga tidak terasa susah lagi: Hidungnya sudah ~ dgn bau busuk dr kilang getah itu. melalikan menjadikan tidak berasa apa-apa atau tidak sedar. kelalian keadaan atau rasa lali. pelalian 1 perbuatan atau proses melalikan. 2 suntikan vaksin yg diberikan supaya tidak dijangkiti sesuatu jenis penyakit. pelali ubat dll yg dpt melalikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lali (adjektif)
Bersinonim dengan biasa, hilang perasaan, balu.,

Puisi
 

Encik Mat jalan berlenggang,
     Satu dua ranting tak patah;
Air laut sekerat pinggang,
     Buku lali haram tak basah.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ankle guardpad buku laliSukanTiadaPelapik bahagian buku lali.
ankle shottangkap paras buku laliKomunikasiTiadaTangkapan yang meliputi kawasan di bahagian kepala hingga ke bahagian buku lali.
Jodhpurseluar Jodhpur; but JodhpurKesenianTiada1. Seluar Jodhpur: Seluar pemacu kuda yang besar dan longgar sama sendat bahagian lutut ke buku lali. Dinamakan sempena nama bandar Jodhpur, India.,2. But Jodhpur: But paras buku lali, dikancing dengan pita dan bergancu bahagian tepi. Dipakai oleh pemacu kuda.
galoshgalosKesenianTiadaBut kalis air paras buku lali yang dikancing dengan butang katup, gancu atau zip dan dipakai bersama-sama kasut.
gaiter bootsbut kelasakKesenianTiadaKasut belulang paras buku lali yang bahagian atasnya daripada kain dan dikancing dengan butang atau menggunakan bahan kenyal di sisinya.
ankle jacksbut jackKesenianTiadaBut lelaki paras buku lali yang talinya diikat bersilang menerusi lima pasang lubang. But ini popular di bahagian timur London pada awal tahun 1840-an.
dorsi-flexedfleksi dorsalSukanTiadaPalingan dorsal pada buku lali yang menyebabkan kaki menghala ke sisi, seperti pada gaya dada.
elastic-sided bootbut kenyal sisiKesenianTiadaBut paras buku lali yang mempunyai sisipan getah bahagian sisinya. Diperkenalkan untuk lelaki dan perempuan pada tahun 1837 oleh James Dowie.
hobble skirtskirt hobelKesenianTiadaSkirt wanita labuh paras buku lali, berdrep di pinggul dan tirus ke kelepet. Rekaan pereka pakaian, Paul Poiret pada tahun 1972.
pants bootbut ala kasutKesenianTiadaBut tinggi paras buku lali yang dipadankan dengan seluar.
12345

Kembali ke atas