Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.man] | لامن

Definisi : bp kep halaman: jamuan ~; ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai me­lalui Internet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.man] | لامن

Definisi : halaman. ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer, biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb ttg sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dpt dicapai melalui Internet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laman

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(53)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
website defacementpencacatan tapak sesawang/ pencacatan tapak webTeknologi MaklumatTiadaSerangan terhadap laman sesawang yang mengubah penampilan visual laman sesawang atau laman web tersebut. Serangan ini biasanya dilakukan oleh individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab yang memecah masuk ke dalam pelayan web dan menggantikan hos laman sesawang tersebut kepada salah seorang daripada mereka dengan menggunakan pelbagai cara untuk mengakses ke laman sesawang tersebut.
metatagmetatagTeknologi Maklumate-PembelajaranSejenis penanda khas bahasa tandaan hiperteks (HTML) yang digunakan untuk menyimpan maklumat mengenai laman web, tetapi tidak dipaparkan dalam pelayar web. Maklumat yang dibawa oleh metatag antaranya ialah pengaturcaraan yang digunakan untuk mencipta laman, huraian tentang laman dan kata kunci yang berkaitan dengan laman yang digunakan oleh kebanyakan enjin gelintar semasa mengindeks laman web untuk memudahkan carian selanjutnya.
search engine optimization (SEO)pengoptimuman enjin carian (SEO)Teknologi Maklumate-PembelajaranAmalan bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti trafik ke laman web dengan menjadikan laman web lebih mesra pengguna, pantas dan mudah untuk digunakan melalui pematuhan beberapa set peraturan laman web.
landing pagelaman penambatTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaLaman web tersendiri yang dicipta khusus untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran tanpa pautan lain. Laman web ini biasanya mempunyai satu muka halaman sahaja.
digital breadcrumb trailjejak tinggalan digitalTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaUnsur kawalan bergambar yang sering digunakan sebagai alat bantu navigasi dalam antara muka pengguna dan di laman web. Unsur ini membenarkan pengguna mengesan dan mengekalkan kesedaran lokasi mereka dalam program, dokumen, atau laman web. Istilah ini berasal daripada jejak serdak roti yang ditinggalkan oleh Hansel dan Gretel dalam cerita dongeng Jerman.
ad spaceruang iklan-TiadaRuang di laman web atau dalam bahan terbitan yang diperuntukkan khusus untuk pengiklanan.
spray paint techniqueteknik cat semburanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah yang digunakan oleh pengguna hasad untuk menanda identiti pengguna hasad tersebut pada sistem komputer yang dicerobohinya. Penandaan ini biasanya dilakukan selepas serangan ke atas pelayan web atau sistem komputer yang mempunyai paparan awam. Paparan utama sistem akan dicacatkan dengan menggantikan laman yang asal dengan laman yang direka khusus oleh pengguna hasad. Perbuatan ini dilakukan supaya pengguna hasad boleh membuktikan kehebatannya kepada pengguna hasad yang lain.
surface web/ visible webweb terbukaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaLaman web yang boleh diakses oleh orang awam dengan menggunakan enjin carian standard seperti Google, Bing dan sebagainya.
deep webweb terkawalTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaLapisan dalam laman web yang boleh diakses dengan menggunakan kata laluan khas untuk mendapatkan maklumat tertentu seperti laporan kewangan, perubatan, pendidikan dan sebagainya.
dark webweb tertutupTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaLapisan dalam laman web yang tidak boleh dicapai dengan menggunakan pelayar biasa. Kawasan ini mengandungi maklumat rahsia yang tidak dapat dijejaki seperti jenayah berkaitan dadah, senjata dan sebagainya.
123

Kembali ke atas