Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pau] | لمڤاو

Definisi : 1. lalu, lepas, lewat: corak hidup orang Melayu pd zaman ~ berlainan sekali dgn keadaan orang Melayu sekarang; 2. lebih (drpd yg dijangka atau yg sepatutnya): jangan ~ berjaga malam nanti lemah badan; melampau terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keter­laluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; per­ubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; melampau-lampau sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~; melampaui 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah me­majukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); terlampau sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; terlampaui sudah dilalui (tempat dll), telah melebihi: tengah malam sudah ~; musim kecil sudah ~ dan musim besar akan datang kira-kira tengah dua bulan lagi; keterlampauan perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan; lampauan takat yg paling tinggi atau paling jauh: antara kedua-dua ~ ini mungkin ada kekecualian; kelampauan sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya; pelampauan perihal atau perbuatan melam­pau atau melampaui sesuatu: punca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah ~; pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan, orang yg mempunyai faham (kepercayaan) yg berlebih-lebihan: ancaman puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pau] | لمڤاو

Definisi : lalu; lepas: Dia masih membanggakan kegemilangan yg telah ~. melampau terlalu sangat; berlebih-lebihan (membuat sesuatu dll): Kenakalannya sudah ~ sekarang. melampaui 1 melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. 2 lalu di; melintasi: Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. terlampau teramat sangat; terlalu: Anaknya ~ manja. pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan; orang yg mempunyai fahaman atau kepercayaan yg berlebih-lebihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampau (adjektif)
Bersinonim dengan lalu, lepas, kuno;,
Kata Terbitan : melampau, melampaui, terlampau, pelampau,

Puisi
 

Baiklah baik memincang payung,
     Naik ke lampau memukul gendang;
Kalau sudah hatiku hayung,
     Rugi sedikit mana dipandang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
supercritical fluid extractionpengekstrakan bendalir lampau gentingHerbaTiadaKaedah mengeluarkan komponen terlarut daripada bahan herba berbilang komponen dengan menggunakan bendalir lampau genting pada suhu dan tekanan rendah. Bendalir lampau genting seperti gas karbon dioksida atau nitrogen meresap melalui bahan pepejal herba dan melarutkan komponen dalam bahan herba. Contohnya, penyahkafeina daripada kopi (Coffea arabica) dan pengasingan kurkumin daripada kunyit (Curcuma domestica).
over voltagevoltan lampauKimiaKimia Analisislih. keupayaan lampau.
super critical water reactor (SCWR)reaktor air lampau gentingSains NuklearKejuruteraan ReaktorReaktor nuklear yang menggunakan air lampau genting sebagai bahan penyejuk dan bendalir kerja untuk menjana elektrik.
overeatinglampau makanSains KesihatanTiadaPengambilan makanan yang melebihi daripada sepatutnya.
overextensionlampau maksudSains KesihatanTiadaRujukan makna yang terlalu umum bagi sesuatu perkataan, contohnya semua lelaki dipanggil ayah.
overdrivepemacu lampauKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSet gear tambahan yang dipasang dalam sistem pemindahan kuasa untuk mengurangkan kelajuan enjin tanpa menjejaskan kelajuan kereta, dengan aci pacunya memacu lebih cepat daripada putaran aci engkol.
overspraysemburan lampauKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSemburan cat secara berlebihan yang menyebabkan pembentukan lapisan cat yang tebal dan bermutu rendah.
superchargerpengecas lampauKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPam atau penghembus yang akan mengepam udara atau campuran udara-bahan api yang akan masuk ke dalam kebuk pembakaran untuk menambahkan jumlah campuran tersebut yang boleh dibakar supaya kuasa enjin bertambah.
cytokine stormlampau sitokinKesihatan AwamTiadaPenghasilan sitokin yang berlebihan, iaitu protein sistem kekebalan tubuh yang mengatur interaksi antara sel dan merangsang semula aktitiviti imun, akibat kehadiran virus dalam tubuh. Keadaan ini menyebabkan radang yang melemahkan pembuluh darah di paru-paru dan akhirnya menyebabkan masalah sistemik pada kebanyakan organ, dan seterusnya mengakibatkan kerosakan pada keseluruhan organ tubuh.
fluid overloadlampau bendalirSains KesihatanTiadaKandungan bendalir yang berlebihan di dalam badan.
12345

Kembali ke atas