appendix | lampiran | - | Tiada | Bahan sokongan seperti teks, ilustrasi dan data yang dilampirkan di bahagian akhiran bahan penerbitan. |
rider | rider | insurans | Tiada | Lampiran kepada polisi yang mengubahsuaikan syarat polisi sama ada dengan meluas atau mengehadkan faedah atau mengecualikan sebahagian syarat-syarat perlindungan. |
back matter | bahan akhiran | - | Tiada | Bahan selepas teks utama seperti senarai istilah, glosari, lampiran, bibliografi, dan indeks. Sinonim end matter. Banding front matter. |
excursus | hujungan rinci | Kesusasteraan | Tiada | Huraian yang panjang dan terperinci tentang sesuatu perkara. Huraian biasanya melencong daripada perbincangan pokok, terutamanya apabila hujungan rinci tersebut diletakkan di hujung buku sebagai lampiran. Hujungan rinci sering ditemui dalam bentuk nota kaki yang panjang dalam buku sejarah atau biografi. |
spam | spam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | E-mel yang tidak diundang oleh penerima. Kandungan e-mel tersebut biasanya berbentuk iklan, berita palsu, kod hasad seperti virus, atau apa juga bentuk teks, grafik, atau fail lampiran. |
script virus | virus skrip | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menyalahgunakan keupayaan pemprosesan skrip yang ada pada sesetengah perisian dan sistem pengendalian untuk melancarkan kod hasad pada komputer yang disasarkan. Virus skrip biasanya disebarkan sebagai lampiran e-mel tau skrip ActiveX pada laman web html. Pengguna sebenar akan tertarik untuk membuka fail atau menekan pautan web yang kan melancarkan fail skrip ini. Kandungan arahan dalam skrip akan diproses oleh perisian pembaca dan menyebarkan kod hasad. Contoh virus skrip ialah LoveBug dan Melissa. |
laboratory information system (LIS) | sistem maklumat makmal (LIS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang dibangunkan untuk merekod, mengurus dan menyimpan data untuk kegunaan makmal klinikal. Fungsi utama sistem ini merangkumi pendaftaran permohonan ujian, penghasilan label dan lampiran kerja, pengeluaran keputusan ujian secara automatik, pengesahan keputusan ujian, dan penyimpanan data ujian ke dalam pangkalan data yang khusus. Sistem ini juga boleh saling kendali dengan sistem maklumat hospital (HIS) dan rekod kesihatan elektronik (EHR) pesakit. |
clinical expert report | laporan pakar klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang mengandungi maklumat terperinci tentang sesuatu produk. Maklumat ini termasuk pengenalan tentang produk seperti tujuan laporan, profil produk, sumber maklumat dan status kelulusan, indikasi produk, butiran farmakologi dan farmakologi klinikal, data ketoksikan, farmakokinetik, farmakodinamik dan bioketersediaan, kajian percubaan klinikal dan kajian keselamatan, pemonitoran pascapemasaran, kelayakan pakar, bahan rujukan dan lampiran lain yang berkaitan. Di Malaysia, laporan pakar klinikal diperlukan bagi permohonan tambahan indikasi untuk produk berdaftar. |