downlight | lampu tumpu bawah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lampu kecil yang terpancar terus ke bawah. Lampu ini dipasang ke dalam, di atas permukaan atau tergantung. Lampu tumpu bawah biasanya digunakan untuk mempertingkatkan kecerahan pada sesuatu ruang. |
PAR lamp | lampu PAR | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lampu pemantul parabolik aluminium yang dapat mengawal pencerahan dengan baik. Lampu ini sesuai digunakan tanpa perlu dilindungi kerana diperbuat daripada kaca yang kukuh dan tahan cuaca yang buruk. |
tail lights | lampu belakang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lampu berkeamatan rendah yang dipasang pada bahagian belakang kenderaan. Lampu ini digunakan sebagai petunjuk bagi pemandu kenderaan yang mengekori dari arah belakang. |
girandole | pendakap girandola | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pendakap dinding lampu candelier, kaki lampu hiasan dan tapak lilin yang diukir secara terperinci. Pendakap ini mula digunakan pada pertengahan abad ke-17 di Perancis. Istilah ini diambil daripada perkataan Itali girandola. |
flood lighting | lampu limpah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lampu yang direka bentuk untuk menerangi sesuatu objek, atau suasana, yang melibatkan pencahayaan yang lebih terang daripada suasana sekitar. Lampu ini biasanya digunakan untuk menerangi stadium, bangunan, papan iklan atau landskap. |
betty lamp | lampu betty | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lampu yang diperbuat daripada besi atau tembaga, yang boleh digantung di siling atau didirikan di lantai untuk kegunaan di rumah atau di bengkel. Lampu ini menggunakan minyak ikan dan kain yang digulung sebagai bahan api, dan digunakan secara meluas oleh koloni Amerika dan Eropah. Betty berasal daripada perkataan Jerman besser atau bete yang bermaksud 'menjadikannya lebih baik'. |
fluorescent lamp | lampu kalimantang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lampu elektrik yang terdiri daripada tiub yang disalut dengan serbuk pendarfluor dan mengeluarkan cahaya yang lebih sejuk dan kurang menyilau apabila terdedah kepada sinaran ultralembayung. Lampu ini dihasilkan dalam beberapa saiz, contohnya 600 mm dan 1200 mm. |
headlight | lampu puncak | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubahsuai alur cahayanya. |
lamp | lampu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Mentol lampu yang terdiri daripada filamen, soket, pembalilk, dan kanta. |
ambient lighting | lampu latar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lampu yang digunakan sebagai latar untuk meningkatkan kecerahan suasana sesebuah ruang. |