Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.da] | لندا

Definisi : ; melanda 1. memasuki atau menimpa (sesuatu) dgn keras (hebat, paksa), melanggar, merempuh, menempuh: sekali bergegar juga gubuk itu dilanda angin; kalau musuh hendak ~ tanah air kita, langkah mayat pemuda pemudinya dahulu; 2. ki menimpa (menguasai): sekarang putus asa ~ jiwanya; melandai menempuhi (dgn paksa), melalui: ia ingin mencari hidup yg lebih bagus drpd yg pernah dilandainya; terlanda terlanggar, dirempuh: ingat, jangan ~ anak isteri orang apabila berjalan-jalan di pasar; landaan hasil melanda, rempuhan: kesan drpd ~ hujan asid itu; pelandaan perbuatan melanda: peluasan kuasa penjajah merupakan satu proses ~ yg agak mustahil dapat dibendung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.da] | لندا

Definisi : ; melanda mencari bijih dgn dulang, melimbang, mendulang: air dan lodak itu dilanda utk mengasingkan bijih logam drpd lodak yg lain; pelanda orang yg (tugasnya) melanda, pen­dulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.da] | لندا

Definisi : Jw ark air abu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.da] | لندا

Definisi : ; melanda 1 masuk dgn paksa atau dgn keras; merempuh; melanggar: Pagar di keliling stadium itu runtuh dilanda orang. 2 ki datang menimpa dsb dgn banyak (bkn perasaan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lan.da] | لندا

Definisi : ; melanda mencari bijih dgn menggunakan dulang; mendulang. pelanda orang yg kerjanya melanda atau mendulang; pendulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
landa
Kata Terbitan : melanda, terlanda,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sidewashlanda sisiKejuruteraanTiadaTiada
downwashlanda bawahAeroangkasaTiadaKomponen aliran udara yang menghala ke bawah disebabkan oleh aerofoil atau sayap.,Peningkatan sudut tuju dari pangkal ke penghujung sayap pesawat udara.,Kepak yang terletak di bahagian belakang sayap. Antara jenis kepak pinggir belakang ialah kepak pisah, kepak rata, kepak berlubang-alur dan Fowler.,Komponen aliran udara yang menghala ke bawah disebabkan oleh aerofoil atau sayap.
propwashlanda propelerAeroangkasaTiadaAliran udara yang terbias kerana arus aliran dari propeler.
downwashlanda bawahKejuruteraanTiadaTiada
drivelandaSukanTiadaTiada
downwash velocityhalaju landa bawahKejuruteraanTiadaTiada
downwash anglesudut landa bawahKejuruteraan Kapal TerbangTiadaSudut pemesongan aliran udara oleh kerajang udara.

Kembali ke atas