Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.sung] | لڠسوڠ

Definisi : 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh meno­long orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunang­an mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; berlangsung 1. berlaku (peperangan, ke­ramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah ber­nikah); keberlangsungan perihal terjadinya sesuatu peristiwa: ~ perjalanan peristiwa; melangsung, melangsung-langsung tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (per­jalanan dll), terus-menerus; melangsungkan 1. melakukan, mengerja­kan, mengusahakan: kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu; 2. meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dll): kalimat-kalimat itu tidak mempunyai daya utk ~ rasa penyair kpd pembacanya; terlangsung 1. telah dikerjakan atau dilak­sanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; kelangsungan perihal berterusan atau ber­lanjutan, kelanjutan, kesinambungan: se­muanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; perlangsungan perihal berlangsungnya se­suatu perkara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.sung] | لڠسوڠ

Definisi : 1 terus dan tidak berantara; lantas: Dia mencapai tuala mandi ~ ke perigi. 2 tidak tergendala; jadi: Pertandingan itu tidak ~ kerana hari hujan. 3 tepat dan tidak menyimpang: Dlm pertikaian ini, kami terlibat secara ~. 4 sedikit pun; sama sekali: Dia tidak mengambil berat ~ ttg hal rumah tangganya. berlangsung 1 berlaku; terjadi: Majlis perkahwinan itu sudah ~ malam tadi. 2 terus berlaku; tidak berhenti: Peperangan itu ~ hingga beberapa bulan. melangsungkan 1 melaksanakan atau mengerjakan: Pak Ahmad akan ~ majlis perkahwinan anaknya pd hujung minggu ini. 2 meneruskan (bantahan, rayuan dll); memanjangkan. terlangsung terlanjur atau terdorong (bkn kata, motokar, perahu dll); terlajak; terlepas: Motokarnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Hendak menuju pergi Kemboja;
Jika sudah terkata langsung,
     Mahal dan murah ikut harga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Nak menangguk ikan,
     tertangguk ke batang.

Bermaksud :

Hendak laba, langsung jadi rugi.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
free indirect stylewacana bebas tak langsungKesusasteraanTiadaTeknik pengarang menyampaikan pemikiran dan ujaran watak secara tidak langsung dari sudut pandangan watak, seolah-oleh disampaikan sendiri oleh watak. Teknik ini menggabungkan ciri-ciri ujaran secara langsung daripada seorang watak dengan ciri-ciri ujaran tidak langsung seorang pengarang. Contohnya, ujaran bebas langsung dalam novel, �F?tim?h berk?t?, �Aku r?s? diriku tersisih. Perset?nk?n merek?!� Contoh ujaran bebas tidak langsung dalam novel, �F?tim?h berk?t?, dirinya tersisih. Perset?nkan merek?!�
coulometrykulometriKimiaKimia AnalisisKaedah pengukuran amaun elektrik yang diperlukan untuk bertindak balas secara langsung atau tidak langsung dengan analit. Amaun elektrik berhubung secara langsung dengan kepekatan analit.
live streamingpenstriman langsungTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaProses penghantaran data video dalam talian yang dirakam dan disiarkan secara langsung tanpa memerlukan fail yang dimuat turun sepenuhnya. Perkhidmatan penstriman langsung merangkumi media sosial, permainan video dan sukan profesional. Penstriman langsung menggunakan platform seperti Facebook Live, Periscope, Kuaishou dan lain-lain.
subsidiary companyanak syarikatEkonomiTiadaSyarikat yang dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat lain yang dikenali sebagai syarikat induk. Mengikut Seksyen 5 Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat menjadi anak syarikat apabila keahlian lembaga pengarah anak syarikat itu dikuasai oleh syarikat induk, atau lebih daripada sesetengah hak mengundi pada anak syarikat dikuasai oleh syarikat induk, atau syarikat tersebut merupakan anak syarikat kepada anak syarikat lain bagi syarikat induk itu.
indirect damagekerosakan tidak langsunginsuransTiadaKerugian akibat daripada berlakunya bencana tetapi bukan disebabkan secara langsung atau serta-merta oleh bencana berkenaan. Kerosakan tidak langsung boleh dilindungi oleh insurans. Contoh: gangguan perniagaan kepentingan pajakan, sewa dan sebagainya.
human smugglingpenyeludupan manusiaKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung kemasukan mana-mana orang merentas sempadan antarabangsa yang menyalahi undang-undang sesebuah negara. Perbuatan ini boleh dilakukan dengan kerelaan atau tanpa kerelaan mangsa, secara rahsia atau melalui perdayaan, seperti penggunaan dokumen palsu. Lazimnya, perbuatan ini dilakukan oleh sindiket dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Contohnya, imigran yang diseludup masuk untuk dijadikan sebagai buruh ladang.
democracydemokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang diasaskan oleh suara rakyat. Dalam sistem ini, rakyat berhak menentukan pemimpin yang layak untuk memegang kuasa pemerintahan dan pemimpin pula harus peka terhadap kehendak rakyat. Secara umumnya terdapat dua jenis sistem demokrasi, iaitu demokrasi langsung dan demokrasi tidak langsung. Pada masa kini demokrasi langsung tidak lagi diamalkan dan yang wujud hanya demokrasi tidak langsung atau dikenali sebagai demokrasi berperwakilan. Demokrasi berperwakilan diamalkan dalam dua bentuk yang utama iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Sistem pemerintahan demokrasi memberi peluang penyertaan rakyat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan pemerintahan. Rakyat diberi ruang yang cukup luas untuk melibatkan diri dalam proses politik sama ada secara individu atau organisasi. Idealisme demokrasi ini berkembang di negara kota Athens, Greek yang mengamalkan demokrasi langsung seperti yang dipopularkan oleh Socrates. Contohnya, New Zealand merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
noncommunicable disease (NCD)penyakit tak berjangkitKesihatan AwamTiadaPenyakit yang tidak boleh menular secara langsung atau tidak langsung kepada individu lain, mudah mengambil masa yang panjang dan hasil daripada gabungan faktor genetik, psikologi, persekitaran dan tingkah laku, contohnya penyakit kardiovaskular, kanser, pernafasan dan kencing manis.
coloured narrativenaratif sendengKesusasteraanTiadaNaratif yang menunjukkan pertuturan watak dalam cerita tanpa menggunakan percakapan langsung atau percakapan tidak langsung. Naratif ini diwarnai oleh penyusunan rangkai kata watak dalam cerita. Naratif sendeng diekploitasikan untuk tujuan ironis. Namun, adalah sukar untuk membezakan antara suara watak dengan suara pencerita sekiranya loghat mereka sama. Naratif sendeng terdapat dalam novel Pride and Prejudice dan Emma oleh Jane Austen.
semi-direct democracydemokrasi separuh langsungSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang melibatkan penyertaan politik secara langsung kepada kelompok tertentu, manakala kelompok yang lain dalam masyarakat perlu memilih wakil bagi mewakili kepentingan mereka. Kelompok yang terlibat secara langsung seperti golongan aristokrat, intelektual dan kelas atasan. Kelompok yang perlu memilih wakil pula ialah golongan bawahan dan hamba.
12345678910...

Kembali ke atas