burgher | orang kacukan (Ceylon) | Sejarah | Tiada | Seseorang yang mempunyai darah campuran Belanda-Sri Lanka. |
Colombo Plan | Rancangan Colombo | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Rancangan yang dilancarkan pada tahun 1951. Sekretariatnya terletak di Colombo, Sri Lanka. Rancangan ini diwujudkan dalam usaha kerjasama bagi mengukuhkan pembangunan ekonomi dan sosial negara Asia Tenggara dan Asia Selatan. Rancangan ini lahir daripada persidangan menteri luar negara maju Kumpulan Tujuh (G7). Bantuan di bawah rancangan ini meliputi bidang pendidikan dan kesihatan, program latihan, pinjaman modal, bekalan makanan dan peralatan serta bantuan teknikal. Perancangan asalnya hanya untuk tempoh enam tahun, iaitu dari tahun 1951 hingga 1957. Kemudian rancangan tersebut disambung untuk beberapa tahun lagi sehingga kini. Antara negara penyumbang utama rancangan ini ialah Australia, New Zealand, Jepun, Amerika Syarikat, Britain dan Kanada. |
continental island | pulau benua | Geografi | Tiada | Pulau yang dahulunya adalah sebahagian daripada benua tetapi telah dipisahkan oleh laut-laut cetek seperti kepulauan British dan Sri Lanka. |
continental island | pulau benua | Geologi | Tiada | Pulau yang dahulunya adalah sebahagian daripada benua tetapi telah dipisahkan oleh laut-laut cetek seperti kepulauan British dan Sri Lanka. |
Moringa ptergosperma | kacang kelor | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok kecil dalam famili Moringaceae yang dikenali juga sebagai remunggai. Tumbuhan ini berasal dari India dan Sri Lanka. Tingginya sehingga 10 m dan tumbuh subur di kawasan terdedah. Daunnya jenis tripinat dan mengandungi anak daun bersaiz kecil. Anak daun tersusun bersetentang dan berwarna hijau pucat. Jambak bunganya jenis panikel yang keluar dari celah tangkai daun dan berwarna putih. Buahnya jenis lenggai dan panjang lebih kurang 45 cm dan runcing di hujung. Biji yang masak berwarna perang gelap, mempunyai tiga bucu dan bersayap nipis. Daunnya dibuat sayur oleh ibu selepas bersalin untuk menggalakkan pengeluaran susu. Akarnya dibalut pada perut untuk menegangkan semula kulit perut. Daun yang telah dilumatkan ditampal pada payudara untuk menghentikan pengeluaran susu. Daun dan buah dimakan untuk mengubati masalah penghadaman. Akar digunakan untuk merawat sakit kepala. Minyak biji digunakan sebagai sapuan untuk merawat sakit sendi. Daun dan buah muda dibuat sayur. Daunnya kaya dengan vitamin |
Asian-African Conference | Persidangan Asia Afrika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega |
Bawa | Bawa | Kesenian | Seni Bina | Ideologi dan gaya seni bina bangunan yang mengetengahkan reka bentuk vernakular moden di negara tropika. Idea reka bentuk ini diilhamkan mengikut persekitaran, tradisi dan budaya setempat yang disesuaikan dengan ciri-ciri konsep moden. Seni bina ini menitikberatkan hubungan simbiotik antara manusia dengan alam sekitar. Ideologi Bawa diasaskan oleh seorang arkitek terkemuka Sri Lanka bernama Geofrrey Bawa (1919-2003). Contoh pengaruh gaya seni Bawa dapat dilihat pada bangunan Datai, Langkawi. |
unitary government | kerajaan kesatuan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Bentuk pemerintahan negara yang berasaskan kepada satu kerajaan terpusat berbanding dengan persekutuan yang memperlihatkan dua lapisan kerajaan seperti kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan unitari memiliki segala bidang kuasa pemerintahan, kekayaan ekonomi, segala sumber yang diperoleh dan tidak memberi autonomi kepada mana-mana bahagian dalam negara tersebut walaupun terdapat golongan minoriti yang berbeza etnik, budaya mahupun agama dengan masyarakat terbanyak dalam negara tersebut. Pemerintahan dari ibu negara biasanya menguasai pentadbiran negara ini walaupun kawasan pedalaman yang berjauhan. Contoh negara unitari ialah Filipina, Indonesia, Thailand dan Sri Lanka. Dalam negara seperti ini lazim wujud gerakan pemisahan yang menuntut autonomi atau kemerdekaan kerana tertindas oleh kerajaan yang memberi kelebihan kepada golongan majoriti. |
Azidarachta india, Melia indica (Sin) | Mambu | Pertanian | Tiada | Pokok ini daripada famili Meliaceae yang ditanam sebagai teduhan dan landskap. Daunnya bersifat racun serangga dan daun-daun telah dikeringkan sering kali digunakan di dalam perpustakaan lama di India untuk menghalau serangga dan buku. Asap daun yang dibakar boleh membunuh beberapa jenis serangga. Bahan pahit pada pokok mambu ialah azadarin dan margosin, iaitu bahan resin. Daun kering, kulit batang dan kulit akar dikeringkan dan dibuat ubat. Daunnya pahit dan dibuat ubat pupuk untuk ulser, sakit kulit dan bisul. Daun yang segar dibuat ubat penyakit kompleks dan demam. Air rebusan daun yang diminum sebagai ubat. Kulit batangnya dijadikan tonik yang pahit, astringen dan antiperiodik, iaitu berguna untuk mengubati demam. Tonik ini berupaya menghindari urutan demam berkala pesakit demam malaria selain berguna untuk penyakit kulit. Biji mambu mengandungi sejenis minyak berwarna kuning pekat, bersifat alerid dan berbau seperti bawang putih. Minyak ini bersifat anthelmintik dan antiseptic. Di Sri Lanka dan India, mi |