porosity test | uji poros | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kaedah menentukan kadar keporosan lantai konkrit sebelum kerja memasang karpet dilaksanakan menggunakan perekat. Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menuang secawan air pada permukaan lantai secara rambang. Sekiranya air meresap, ini menandakan lantai tersebut poros. Jika air masih berada di lantai atau pecah menjadi manik-manik air, menandakan lantai tersebut kalis serapan. |
bamboo flooring | lantai buluh | Buluh | Tiada | Lantai yang diperbuat daripada batang atau panel buluh. |
floor area ratio | nisbah ruang lantai | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Nisbah antara jumlah luas lantai bangunan dengan lot sesuatu bangunan. |
rear floor line | baris lantai belakang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang melakukan kerja mengimpal dan menyambung lantai belakang kereta. |
interface | antara muka | Kesenian | Tiada | Satu permukaan atau ruang yang menjadi sempadan bersama atau berhubung kait di antara dua objek atau ruang. Contohnya, ruang koridor yang menjadi sempadan bersama di antara dewan terbuka dengan sebaris bilik-bilik atau penggunaan sebatang besi tembaga sebagai pembahagi di antara dua kemasan lantai yang berbeza seperti lantai marmar dengan lantai kayu. |
glue down | perekat bawah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kaedah pemasangan untuk melekatkan karpet pada permukaan lantai, tangga atau dinding dengan menggunakan pelekat. Ini adalah kaedah pemasangan pilihan yang terbaik untuk kebanyakan keadaan permukaan lantai. |
abyssal bed form | bentuk dasar abis | Sains Marin | Tiada | Bahagian lantai lautan yang sangat rata yang terdiri daripada endapan di dasar laut yang paling dalam. Kecerunan di bahagian ini kurang daripada 1:1000. Ia merupakan morfologi kawasan lantai lautan di kawasan abis. |
carpet | permaidani | Kesenian | Hiasan Dalaman | Hamparan lembut yang diperbuat daripada bulu kambing atau bahan sintetik yang direka menjadi corak dan hiasan yang menarik dan diletakkan di lantai sesebuah ruang sebagai kemasan. Pemilihan permaidani sebagai kemasan lantai bertujuan menjadikan ruang lebih menarik, sesuai dengan konsep serta tema reka bentuk yang ingin diterapkan. |
floor | lantai | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian bawah kereta yang menempatkan sofa kereta, dan melindungi kereta daripada gegaran, air serta tekanan udara. |
floor | lantai | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |